Kerajaan Kempen Anti Rokok Mu Gagal

Fitrah manusia ingin mencuba sesuatu yang baru. Suka mencuba apa yang orang lain pernah lakukan.

Aku tengok orang ada blog aku juga ingin ada blog , orang nak buat duit diatas talian aku juga nak buat duit atas talian. Event jiran sebelah rumah guna astro beyond aku jer guna astro Njoi aku akan ikut kalau benda itu akan mendatangkan faedah untuk aku .

Tetapi masalahnya ialah aku takut genarasi anak – anak aku.

Apa bila umur mula meningkat khususnya remaja pasti mereka akan ingin mula mencuba sesuatu yang mereka lihat.

Khususnya gaya – gaya orang dewasa yang merokok. Ya Allah mohon dijauhkan. Tembakau zaman sekarang terlampau mahal harganya. Orang dulu boleh hisap tembakau cap ayam berserta cengkih yang digulung dengan daun Nipah, Yang lebih extream guna sahaja kertas surat khabar baru kick maa.. pergh sangat mengerikan.

Zaman aku sudah tentunya London, New York , Paris campurlah sikit – sikit nusantara. Tetapi dengan harga yang boleh dikira murah lagi.

Oleh kerana kerajaan merasakan kadar kematian disebabkan tabiat merokok ini sudah semankin meningkat setiap tahun , langkah drastik kerajaan untuk mengharamkan syarikat rokok menaja atau beriklan di tv telah dikuat kuasakan.

Tiada lagi Dunhil Double,Marlboro world of sport mahupun More Jutaria. Dan langkah seterusnya adalah meningkatkan lagi cukai terhadap rokok. Natijahnya rokok semankin Mahal dan pek 7′,10′ dan yang paling popular 14′ tidak dijual.

The Joy of smoking

Para peniaga kedai runcit mula menjual rokok batang-batang dengan secara gelap hanya regular customer yang boleh membelinya. Dan demm regular customer itu budak sekolah. Hello tauke jangan niaga itu macam maa…

Tetapi kini perokok tegar sudah mula melupai kenikmatan tembakau yang berkualiti mereka hanya pentingkan asap yang masuk ke paru -paru. Meraka mula menyokong keluaran Brader John.

Sedikit demi sedikit mereka mula memulaukan abang Philips Morris. Mereka terus menerus mengambil jenama yang lebih murah . dan disebabkan itulah kemunkinan Philips Morris terus mengeluarkan kempen anti jenama John.

onlajer – Apa beza Philips Morris, Nusantara atau Brader John semuanya hanyalah benda yang digunakan untuk dijadikan mesin duit , sekali sudah kena memang susah untuk tidak mengambilnya….

Akhir kata untuk semua Sila Baca Ebook Untuk Berhenti Merokok!

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

24 Comments

  1. titan
    Twitter:
    December 18, 2013
  2. Joe December 18, 2013
  3. papa mifz December 18, 2013
  4. Fadhil Husin
    Twitter:
    December 18, 2013
  5. Farid Adam December 18, 2013
  6. Irwan Alessa
    Twitter:
    December 18, 2013
  7. fendy December 18, 2013
  8. TehR
    Twitter:
    December 19, 2013
  9. cik tom December 19, 2013
  10. Hairul Hissam December 19, 2013
  11. Hafizul
    Twitter:
    December 20, 2013
  12. AUC
    Twitter:
    December 23, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: