Kereta Murah Yang Berkualiti

Berberapa hari yang lepas aku ada terperasan, pada post utusan Malaysia ada mengeluarkan artikel tentang, Rakyat Tidak Usah Bermimpi Harga Kereta Akan Turun, lebih kurang bergitulah tajuknya. Tapi aku nasehatkan korang cari sendiri artikel tersebut, mungkin diwall pro pembangkang bersepah cerita ini.

Semasa zaman bujang aku, zaman nak belajar pakai kereta, adalah juga kalau hujung minggu itu pergi riki-riki kedai jual kereta baru dan terpakai. Saja tengok – tengok ada tak yang berkenan, Konfem memang berkenan tapi harga mak datuk mahal benar, interest zaman tu.. kalau kereta second hand 7% setahun. Wui mahal betul, Kereta yang berkira – kira mampu beli, berserta dengan bulanan pun macam dah bertangan – tangan. silap pilih kereta sambung. Itupun dia orang nak belasah duit muka kita seperti duit wang hantaran.

KERETA BARU BULANAN RENDAH

Tapi aku rasa zaman itu sudah berlalu. Kalau setakat kereta nasional orang dah tak nak kereta second hand, Budak baru kerja basic seribu pun dah boleh memiliki kereta baru. Hantar pay slip tipu pun mesti boleh laku, Agen pasti tolong kau sampai approved!. Bukan dia kesiankan kau tapi lebih kepada kesiankan diri sendiri. Tak laku bermakna tak dapat komisen. Mana – mana tempat sama sahaja, Rasa kalau saudara mara kita kerja saleman pun perangai dia sama, betul bhai, pasal duit adik-beradik pun berkira.

Toyota Corolla 1966

Jadi oleh itu aku tekankan lah, jika korang memang nak beli kereta korang kena fikirkanlah, apa sebenarnya keperluan kau, berapa lama kau nak pakai, dan yang penting budget bulanan. Zaman sekarang kau memang tak akan dapat kereta toyota RM14ribu baru, berhand – hand banyak. – Gambar Wikipedia.

Kadang – kadang aku terfikir kalau dulu, zaman 70,80an kereta Toyota baru boleh dapat dengan harga berbelas ribu, kenapa sekarang harga dia mesti ratus – ratus ribu. kalau harga itu di darab empat, untuk mengimbangi setiap 10tahun harga dia naik sekali ganda pun ia tidak akan melebihi 80 ribu.

Muat Turun Percuma Panduan Penjagaan Kereta 

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

14 Comments

  1. Zuan January 11, 2014
  2. farid laham
    Twitter:
    January 11, 2014
  3. blogger lelaki
    Twitter:
    January 12, 2014
  4. akubiomed January 12, 2014
  5. papa mifz January 13, 2014
  6. Mohd Shubhi
    Twitter:
    January 13, 2014
  7. TehR
    Twitter:
    January 15, 2014
  8. Hafizul
    Twitter:
    January 15, 2014
  9. cik tom January 15, 2014
  10. Mus January 16, 2014
  11. chii January 16, 2014
  12. Kereta Sewa Shah Alam June 17, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge