Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Blogger Dalam Pemasaran Affiliate

Sepatutnya entri ini saya siarkan di blog saya sendiri. Namun disebabkan ada masalah dengan bandwidth, jadi saya tulis di blog ini.

Mungkin inilah namanya ketentuan Ilahi. Dan boleh jadi jugak dengan saya menulis di blog ini, ia akan beri lebih banyak manfaat berbanding jika saya kongsikan di blog saya sendiri.

For the past few years, saya banyak bereksperimentasi dengan beberapa kaedah buat duit dengan blogging. Saya cuba pelbagai pendekatan untuk memecahkan rahsia sebenar macam mana blogger seperti Encik Titan berjaya hasilkan pendapatan yang konsistem 3 -4 angka setiap bulan.

Saya pelajari teknik-teknik penulisan, yang dinamakan sebagai copywriting. Satu teknik penulisan yang memujuk pembaca untuk bertindak seperti yang kita mahukan. Ala-ala ilmu pukau gitu.

Pada masa yang sama, saya dalami konsep web copy, iaitu bagaimana hasilkan interface blog yang memberi keselesaan terbaik di mata pembaca.

Saya juga hadiri beberapa siri kursus dan bengkel yang spesifik untuk membincangkan tentang teknik inovasi. Tujuan saya tak lain dan tak bukan adalah untuk dapatkan inovasi kaedah alternatif buat duit dengan blogging.

Setengah kaedah yang saya buat ada yang berhasil.

Setengah lagi… well you know… no result.

Review Artikel – Senjata Ampuh Seorang Bernama Blogger

Sebagai penulis blog yang tak pernah mengalah untuk buat duit dengan blognya, pasti akan gunakan kaedah ini.

Kita akan menulis pandangan, ulasan, dan komen tentang sesuatu produk.

Ramai yang tak perasan, sebenarnya untuk hasilkan artikel review yang TERBAIK kita perlu jadi pemilik atau setidak-tidaknya pengguna bagi produk yang kita ulas.

But we all knows that di sekeliling kita ni ada ramai blogger yang tak qualified untuk jadi blogger. Instead of jadi blogger, mereka lebih cenderung untuk jadi pirate. Habis artikel-artikel review kita di plagiat dan dijadikan hak milik mereka.

Siapa pernah kena benda ni?

Sebab tu no wonder la kita susah sangat nak dapat komisyen affiliate.

Anda hanya terima bayaran komisen sekali sahaja

Sepatutnya anda boleh dapat komisyen berulang-ulang kali dari pembeli yang sama.

Kebiasaannya, mereka yang pernah buat pembelian secara online, mereka tak ada masalah untuk beli produk lain.

No cross selling

Salah satu produk yang saya promosikan dan masih lagi menerima komisyen sampai sekarang ialah produk Job Di Rumah.

Buat yang masih belum tahu, ini adalah pakej pembelajaran dan latihan bagaimana untuk mendapatkan job dari rumah dengan lebih efektif dan yang membayar upah yang mahal.

Disebabkan saya tak kenal siapa yang beli melalui link affiliate saya, dan saya juga tak tau macam mana nak follow up dengan pembeli, maka saya tak dapat nak buat cadangan produk lain yang mungkin sesuai untuk mereka.

Anda kena pastikan blog anda sentiasa Up

Situasi saya sekarang ni, blog saya kehabisan bandwidth.

Nak topup, rasa tak berbaloi. Maka terhentilah segala peluang untuk saya buat duit online.

Anda perlukan traffic yang berkualiti

Dalam keadaan sekarang ni, yang mana ramai orang berebut-rebut nak dapatkan traffic yang berkualiti, ia kini datang dengan harga yang mahal.

Sekarang ni ada ramai webmaster, internet marketer dan affiliate marketer yang menyasarkan buyer traffic untuk bantu mereka dapatkan jualan.

Masing-masing dengan strategi dan teknik tersendiri. Jika anda tak cukup kepakaran, mungkin buyer traffic yang anda dapat, hanyalah sekadar saki baki.

… dan saya yakin anda setuju dengan saya bahawa nak dapatkan pendapatan yang lumayan, kita perlu target pada buyer traffic yang masih segar, yang fresh barulah kita lebih berpotensi untuk buat lebih banyak income.

Maka dari sini lahirlah idea untuk mengkombinasikan strategi pemasaran emel dengan sttrategi buat duit dengan blogging.

Teknik pemasaran emel merupakan teknik pemasaran yang menjadi kewajipan bagi internet marketer sepenuh masa.

Teknik ini memberi kelebihan dari segi

>> Menjimatkan kos pemasaran dan masa

>> Lebih privasi & maklumat yang anda salurkan bersifat confidential

>> Selamat daripada unsur-unsur plagiat

>> Menurut sumber Direct Marketing Association, kaedah ini beri ROI sehingga 4,300%

>> Dan yang paling menarik kita boleh sentiasa buat promosi pada prospek yang cenderung untuk buat pembelian.

Ya.

Kesilapan dan kekurangan yang saya ceritakan menerusi entri ini, turut saya lakukan.

But no more.

Untuk tahun 2014 yang bakal menjelang, azam saya ialah untuk jadi penulis blog yang lebih baik berbanding tahun sebelum ini dan nak jana pendapatan dari blog yang lebih banyak berbanding tahun-tahun yang sudah.

 

********************************************************************

Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Sabree Hussin. Merupakan seorang penulis blog sepenuh masa dan kini sedang membangunkan sebuah blog yang diberi nama Sistem Jualan PRO Review.

Anda boleh ikuti lain-lain penulisan beliau mengenai Sistem Jualan PRO dengan melayari laman blog beliau iaitu http://jualanproreview.com

********************************************************************

 

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

15 Comments

  1. Akuro San December 1, 2013
  2. Hafiz Rahim
    Twitter:
    December 1, 2013
  3. ohcikgu
    Twitter:
    December 1, 2013
  4. hatiputera
    Twitter:
    December 1, 2013
  5. puteri kasih December 2, 2013
  6. Hadi Hanafee December 2, 2013
  7. Hafiszan Kamarudin
    Twitter:
    December 2, 2013
  8. titan
    Twitter:
    December 2, 2013
  9. hafiz
    Twitter:
    December 2, 2013
  10. Hafizul
    Twitter:
    December 2, 2013
  11. Khairul Zamri
    Twitter:
    December 4, 2013
  12. Hairul Hissam December 4, 2013
  13. Mohd Shubhi
    Twitter:
    December 11, 2013
  14. Rina December 12, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge