Langkah Bijak Memilih Khidmat Pindah Rumah

1
952

Terdapat banyak syarikat khidmat pindah rumah di Lembah Klang, tetapi anda pasti tertanya-tanya – khidmat manakah yang sesuai untuk dipilih? Sebelum anda mulakan pencarian khidmat pindah rumah ini, perkara pertama haruslah memahami keperluan anda.

Apa yang dimaksudkan dengan khidmat pindah rumah yang bagus?

Dalam berpindah rumah anda mempunyai beberapa risiko yang tidak dapat dielakkan seperti kerosakan barangan, kehilangan mahupun kelewatan masa. Oleh itu, terdapat banyak aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan selain nilai harga.

Bagi memastikan anda mendapat khidmat pindah yang menyediakan segala keperluan anda inginkan, anda di nasihatkan untuk mempertimbankan segala aspek berikut:

1. Nilai Harga

Bergantung kepada jumlah keseluruhan barangan yang ingin dipindahkan, jarak antara dua lokasi dan juga kecekapan perkhidmatan, setiap syarikat akan mengenakan harga yang berbeza-beza.

Ini menunjukkan pentingnya untuk memilih beberapa senarai sebut harga dari syarikat yang berbeza bagi memastikan anda tidak membayar lebih dari apa yang sepatutnya. Anda juga harus meneliti perbezaan sebut harga mereka, di mana sesetengah syarikat mungkin mengenakan kadar untuk khidmat pembungkusan, insurans dan pembungkusan barangan sementara syarikat lain menawarkan khidmat tersebut secara percuma.

2. Kepakaran dalam memisah, membungkus dan memasang.

Pakar dalam memisahkan, membungkus dan memasang perabot adalah sangat penting bagi perpindahan atas dua sebab utama.

Pertama, pembungkusan mestilah sempurna dengan menambah lapisan pelindungan pada barangan anda apabila terdapat keadaan perjalanan yang berbonggol dari kediaman lama ke tempat baru. Kedua, kepakaran dalam bidang ini dapat menjimatkan masa pembungkusan, pemasangan dan pemisahan bagi membolehkan anda mendapat lebihan masa bagi situasi yang tidak dijangka contohnya kesesakan lalu lintas yang melambatkan proses perpindahan.

3. Keselamatan dan pelindungan barangan ketika berpindah

Perkara yang perlu dielakkan sekali ialah kerosakan atau kehilangan barangan, kerana barang yang rosak tiada gantian. Bagaimana sekiranya foto yang menyimpan segala kenangan berharga anda hilang selamanya? Kerana itu, anda harus periksa khidmat mereka samada mempunyai rekod jejak bagi tujuan perlindungan.

4. Reputasi syarikat

Sesetengah kejadian yang berlaku apabila khidmat mereka tidak mengikut tarikh dan masa yang dijadualkan atau syarikat hanya menghantar seorang pekerja sahaja di mana ianya tidak mencukupi bagi perpindahan anda. Anda harus mengesahkan kesemua butiran ini sebelum menandatangani perjanjian perkhidmatan.

5. Kemesraan pekerja

Aspek ini tidaklah begitu penting tetapi ia adalah elemen yang bagus jika ada. Apabila anda melihat wajah yang mesra, anda akan merasa lebih selesa untuk bekerjasama dan meminta bantuan.

Berpindahlah dengan aman tenteram, mudah dan tiada tekanan berpindah bersama Senang Pindah.

Syarikat yang mempunyai perkhidmatan lori sewa ini berpengalaman sebagai pakar khidmat perpindahan di Kuala Lumpur dan Selangor dalam membungkus, menyusun barangan anda dengan harga yang berpatutan.

Kemudahan mereka termasuklah lori sewa yang diselenggarakan baik iaitu lori 1 tan, 3 tan, 5 tan dan lori 10 tan digunakan untuk servis pindah rumah dan pindah pejabat di kawasan Kuala Lumpur atau Selangor dan juga di lain-lain negeri.

Tenaga kerja yang mencukupi untuk keperluan anda

Syarikat lori sewa ini juga mempunyai khidmat pembuangan perabot lama bersaiz besar.

Hubungi atau emel staf Senang Pindah hari ini untuk mendapatkan sebut harga percuma sekarang.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here