Lembang satu destinasi pelbagai tempat pilihanan menarik

Hari kedua liburan di kota bandung , seawal jam 8pagi kami telah keluar untuk mencari sarapan.

Keluar awal pagi bermakna kami boleh tiba secepatnya di kawasan lembang.

Maklumlah di kota bandung ini , apa yang kami boleh lakukan adalah membeli belah.

Setakat membeli belah petang – petang pun boleh on the way balik dari tempat – tempat tumpuan ramai.

Tapi dengan syarat , jangan lebih pukul 6petang , kerana pasaraya disana akan mula membungkus.

Mereka harus pulang sebelum maghrib, supaya mereka dapat berkumpul dengan keluarga, maklumlah bapaknya kan nak jadi imam. hihi saya saja jer karang yang ini, sebab musabab saya pun tak tanya.

Khabarnya hari sabtu jalan – jalan ke kawasan tumpuan pelancong akan menjadi lebih sesak dari biasa. Ini disebabkan warga Jakarta juga akan mula membanjiri daerah bandung untuk liburan disebab kan cuacanya yang lebih dingin dan panorama yang lebih indah.

Seminggu mereka bekerja sudah tiba masanya mereka berehat dan menghiburkan diri mereka sendiri, ala senang kata time ni lah nak habiskan rupiah nya haha.

Lembang Farm House.

Oleh kerana kami bertolak awal pagi, bermakna kami tiba di Lembang Farm House dengan tidak perlu bersusah payah untuk mencari parking kereta, Jika sesak pun tak jadi masalah kerana pemandu kami akan sentiasa berdekatan dengan kereta.

Kami memasuki farm house dengan kadar tiket RPH25 ribu (RM7), tiket ini akan dapat ditukarkan dengan susu segar berperisa coklat ataupun vanilla.

Dan didalam Farm House ini lah terletak nya Rumah The Hobit. Pengemar filem LOTR dan The Hobit pasti tidak akan melepaskan peluang untuk masuk dan bergambar didalam taman tema ini.

Untuk masuk kedalam rumah hobbit kita perlu membayar lagi RPH20 ribu (RM6) yang anda boleh tukar dengan pie pisang. Didalam taman ada pelbagai reka bentuk khusus untuk para pengunjung bergamar.

Kalau dekat tempat kita kawasan yang sesuai untuk membina taman tema ini, sudah semestinya cameron Higland. Cuma dekat cameron tiket takde pun yang boleh tukar dengan strawberi.

Didalam rumah hobit juga ada pelbagi barangan yang dipamerkan seolah anda berada di dalam kediaman mereka, Untuk cendera mata kami membeli berberapa helai baju untuk dijadikan kenangan.

Serius saya katakan pakaian lebih murah dari makan di Restoran. Kalau ditepi jalan saya rasa makanan disana lebih murah.

IKLAN: Senarai Homestay Murah

HOT OFFER

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

5 Comments

  1. Juju April 2, 2018
  2. kisahsidairy April 2, 2018
    • onlajer
      Twitter:
      April 2, 2018
  3. Hernee Nazir April 3, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge