Tahu tak anda setiap rumah sepatutnya perlu dipasang dengan berberapa unit alat pengesan asap atau dalam bahasa inggeris nya “Fire Alarm Smoke Detector“.
Tujuan utamanya adalah untuk mengesan asap apabila berlakunya kebakaran…
Memasang alat “smoke detector” bukanlah bermaksud rumah kita akan terbakar dikemudian hari , tetapi ia adalah untuk memberi amaran awal kepada kita tentang wujudnya asap yang tidak dikhendaki..
Antara tempat yang paling sesuai untuk dipasang alatan ini adalah seperti di Ruang tamu,siling bilik tidur , landing tangga dan juga ruangan koridor rumah kita.
Di dapur anda harus memasang pengesan haba .(Jika pengesan asap yang dipasang , ia hanyalah sebagai alat pengukur rajinnya ada didapur).
Dan apabila anda memasangnya di bilik air, ianya hanya menjadi alat untuk mengesan adanya perokok dirumah anda…
Contoh pelan lokasi pemasangan “smoke detector”
Jika rumah kita cukup besar dan anda mampu untuk mengadakan bilik kerja, ruangan bilik kerja itulah yang paling tepat untuk anda memasang nya. Di khuatiri ruangan kerja ini lah yang paling biasa berlakunya kebakaran.
Kebanyakan kes kematian berlaku di rumah ketika penghuni rumah sedang tidur (diantara 12.00 pagi hingga 05.00 pagi)
Fungsi Smoke Detector—>
- Memberi amaran awal sekiranya berlaku sesuatu kebakaran dimana membolehkan anda bertindak dengan cepat untuk.
- Memberikan amaran segera kepada penghuni lain supaya nyawa dan harta benda dapat diselamatkan.
- Membolehkan anda mengambil tindakan yang perlu untuk memadamkan kebakaran.
- Memberi anda lebih masa untuk menyelamatkan diri sekiranya api dalam keadaan tidak terkawal.
- Kajian menunjukkan bahawa peluang untuk menyelamatkan diri adalah 50% lebih tinggi sekiranya alat pengesan asap dipasangkan dirumah anda berbanding dengan rumah yang tidak memilikinya.
Jenis-Jenis Smoke Detector
Untuk pemasangan dirumah anda, pengesan asap jenis kuasa tersendiri (kuasa bateri) adalah sesuai. Pada masa kini, di pasaran terdapat dua jenis utama pengesan asap yang berasaskan system pengesan deria iaitu jenis ion dan foto elektrik.
Antar a alat pengesan asap di pasaran.
Kekerapan Menguji “Smoke Detector”
semua alat pengesan asap harus diuji pada setiap bulan.
Nota jari : Untuk anda yang mahu mendapatkan unit smoke detector dan seterusnya memasang dikediaman anda , Anda boleh survey atau mendapatkanya di EZ Smoke Detector Shop . Disana anda boleh memilih pelbagai jenis dan jenama , serta harga yang paling munasabah untuk keperluan kediaman anda…EZ Smoke Detector Shop
NO | JENAMA DAN MODEL | HARGA | TAWARAN ISTIMEWA |
---|---|---|---|
1 | York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split | RM799.00 | SURVEY SEKARANG |
2 | Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner | RM1211.25 | SURVEY SEKARANG |
3 | Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED | RM793.46 | SURVEY SEKARANG |
4 | KDK KB404 Table Fan 16" | RM 125.00 | SURVEY SEKARANG |
5 | KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control | RM 259.00 | SURVEY SEKARANG |
6 | KDK K15V0 Ceiling Fan 60" | RM 146.70 | SURVEY SEKARANG |
Elok juga kalau ada pasang alarm smoke detector dkt rumah..
anuar recently posted…Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
Twitter: khairulzamri
May 28, 2016
Bagus dan penting smoke detector ni
Khairul recently posted…Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Menarik, Paling penting patut pasang di dapur
Rasanya kurang sesuai untuk yang merokok cam saya nie
Afif Rayyan recently posted…Resepi Kuih Bangkit
nanti satu hari kena bajet untuk beli ni
Raihanah recently posted…Shaklee National Conference 2016 Yang Gempak