Masjid Kampung Seri Merlong

Sejarah Awal Masjid Kampung Seri Merlong Tahun 1925

Sejarah awal Masjid di Kampung Seri Merlong,Rengit,Batu Pahat telah terbina pada tahun 1925. Dalam tahun 1920-an, orang-orang keturunan Jawa dari seberang (Indonesia) telah datang dan meneroka kebun hutan di sini. Mereka diketuai oleh Embah Yusoff. Dengan kerjasama dan permuafakatan, secara bergotong-royong mereka menebang kurang seluas 3 ekar untuk mendirikan sebuah masjid bagi tujuan mendirikan solat Jumaat. Berkat ketabahan dan ketekunan mereka dapat mendiri sebuah masjid pertama di Kampung Seri Merlong. Masjid ini berkeluasan 30 kaki X 40 kaki. Bahan binaannya adalah daripada kayu-kayu hutan yang tebang dan beratapkan daun rembia, manakala lantainya daripada kayu. Dindingnya pula dibuat daripada kulit-kulit kayu. Masjid in dapat menampung jemaah antara 50 hingga 70. Jemaah untuk sembahyang Jumaat datang dari Kampung Belahan Tampok, Kampung Parit Gantong, Kampung Sungai Bagan,  Kampung Sungai Jambi dan Kampung Parit Tengah.

Masjid Jamek Kampung Seri Merlong Tahun 1953.

Dalam tahun 1953, masjid ini telah diubahsuai dengan cara bergotong-royong yang mana bahan binaannya diperolehi daripada yuran ahli kariah dan derma daripada orang ramai yang diketuai oleh Wak Abdullah. Bangunan ini adalah separuh batu dan beratapkan zink, berdinding papan dan tidak bersyiling. Luasnya lebih besar daripada masjid asal iaitu 60 kaki X 80 kaki. Masjid yang dibina ini dapat menampung antara 200 ke 300 orang jemaah

Masjid Jamek Kampung Seri Merlong Tahun 1960
Ubah sesuai dilakukan lagi pada tahun 1960 di mana bahagian bumbung dan menara ditukar kepada esbestos dan bersyiling. Semua peruntukan diperolehi daripada kerajaan sebanyak RM14,000.00. (Ringgit Malaysia : Empat Belas Ribu Sahaja).
Masjid Jamek Kampung Seri Merlong Tahun 1986
Pada 17 Oktober 1986 bersamaan 3 Safar 1407 Hijrah, masjid lama telah dirobohkan dan diganti dengan masjid sementara bagi membolehkan masjid baru dibina. Projek bangunan masjid baru ini dibina dengan bantuan daripada kerajaan sepenuhnya dengan perbelanjaan sebanyak RM245,000.00. Masjid ini siap sepenuhnya dan digunakan untuk solat Jumaat pertama pada 25 Mei 1987 bersamaan 23 Ramadhan 1418 Hijrah dan sehingga ke hari ini.
Oh ya pada tahun 2016 Mesjid sedia ada ini telah di Robohlkan bagi memberi laluan kepada Mesjid yang lebih baru dan moden . Mesjid baru ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018.
Dan semua kayu kayan dan peralatan mesjid ini telah diagih kan kepada bangunan Madrasah dan surau – surau yang berdekatan.
Onlajer: Saja – saja ulang tayang post sejarah Mesjid Kampung aku kiranya aku tolong buat backup hehe. Bangunan Mesjid sudah 4 kali bertukar dan aku hanya dapat merasa dua bangunan sahaja. – Catatan ini berasal dari blog – http://www.onlajer.net/2012/09/masjid-kampung-seri-merlong.html
Sumber asal
NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

14 Comments

  1. boni kacak September 6, 2012
    • onn Lajer September 7, 2012
  2. pipoq September 6, 2012
    • onn Lajer September 7, 2012
  3. Kesuma Angsana September 7, 2012
  4. JebengOtai™ September 8, 2012
    • onn Lajer September 8, 2012
  5. Denaihati September 11, 2012
    • onn Lajer September 12, 2012
  6. akubiomed September 11, 2012
    • onn Lajer September 12, 2012
  7. CIK TOM September 12, 2012
  8. irsah September 15, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: