Info dan Sejarah Masjid Kampung Seri merlong

Masjid kampung seri merlong

Info dan Sejarah Masjid Kampung Seri merlong Sejarah Awal Tahun 1925

Sejarah awal Masjid di Kampung Seri Merlong,Rengit,Batu Pahat telah terbina pada tahun 1925. Dalam tahun 1920-an, orang-orang keturunan Jawa dari seberang (Indonesia) telah datang dan meneroka kebun hutan di sini.

Mereka diketuai oleh Embah Yusoff.

Dengan kerjasama dan permuafakatan, secara bergotong-royong mereka menebang kurang seluas 3 ekar untuk mendirikan sebuah masjid bagi tujuan mendirikan solat Jumaat.

Berkat ketabahan dan ketekunan mereka dapat mendiri sebuah masjid pertama di Kampung Seri Merlong. Masjid ini berkeluasan 30 kaki X 40 kaki.

Bahan binaannya adalah daripada kayu-kayu hutan yang tebang dan beratapkan daun rembia, manakala lantainya daripada kayu.

Dindingnya pula dibuat daripada kulit-kulit kayu.

Masjid in dapat menampung jemaah antara 50 hingga 70.

Jemaah untuk sembahyang Jumaat datang dari Kampung Belahan Tampok, Kampung Parit Gantong, Kampung Sungai Bagan,  Kampung Sungai Jambi dan Kampung Parit Tengah.

Masjid Jamek Kampung Seri Merlong Tahun 1953.

Masjid kampung seri merlong

Dalam tahun 1953, masjid ini telah diubahsuai dengan cara bergotong-royong yang mana bahan binaannya diperolehi daripada yuran ahli kariah dan derma daripada orang ramai yang diketuai oleh Wak Abdullah.

Bangunan ini adalah separuh batu dan beratapkan zink, berdinding papan dan tidak bersyiling.

Luasnya lebih besar daripada masjid asal iaitu 60 kaki X 80 kaki. Masjid yang dibina ini dapat menampung antara 200 ke 300 orang jemaah

Masjid Jamek Kampung Seri Merlong Tahun 1960

Masjid kampung seri merlong

Ubah sesuai dilakukan lagi pada tahun 1960 di mana bahagian bumbung dan menara ditukar kepada esbestos dan bersyiling.

Semua peruntukan diperolehi daripada kerajaan sebanyak RM14,000.00. (Ringgit Malaysia : Empat Belas Ribu Sahaja).

Masjid Jamek Tahun 1986

Masjid kampung seri merlong

Pada 17 Oktober 1986 bersamaan 3 Safar 1407 Hijrah, masjid lama telah dirobohkan dan diganti dengan masjid sementara bagi membolehkan masjid baru dibina.

Projek bangunan masjid baru ini dibina dengan bantuan daripada kerajaan sepenuhnya dengan perbelanjaan sebanyak RM245,000.00.

Masjid ini siap sepenuhnya dan digunakan untuk solat Jumaat pertama pada 25 Mei 1987 bersamaan 23 Ramadhan 1418 Hijrah dan sehingga penghujung tahun 2016.

Tarikh penting 1 November bapa admin telah di solatkan disini! Tak sempat merasa Masjid baru.

Khabarnya bapa admin memberi sokongan untuk mantan ketua kampung membina masjid baru.

Munkin disebabkan kos penyelengaraan sudah terlampau tinggi. Makanya pihak pentadbiran masjid bersetuju untuk membina yang baru.

Madrasah kiyai suhaili dijadikan Masjid sementara.

Lokasi masjid seri merlong. Nama masjid Janatul Firdaus

Info dan Sejarah Masjid Kampung Seri merlong
Sumber gambar google map

Masjid Jamek Janatul Firdaus 2018

Pada tahun 2018 Masjid janatul firdaus telah siap dibina semula. Namun bergitu, masih banyak lagi prasana yang perlu dibina.

(Sumbangan daripada orang ramai khusnya perantau amat digalakan).

Sumber lain :- Peruntukan RM2 juta bina semula Masjid Sri Merlong

Onlajer: Saja – saja ulang tayang post sejarah Mesjid Kampung aku kiranya aku tolong buat backuBangunan Mesjid sudah 5 kali bertukar dan aku hanya dapat merasa tiga bangunan sahaja.

Jumaat 15/3/2019
Perasmian Masjid Jannatul Firdaus Kampung Seri Merlong,
Oleh YAM Tuanku Abdul Rahman Al Haj Ibni Sultan Ibrahim ( Tengku Panglima Johor)

Pautan Lain – Lain Kg Seri Merlong.

1 – Jumaat 15/3/2019Perasmian Masjid Jannatul Firdaus Kampung Seri Merlong,Oleh YAM Tuanku Abdul Rahman Al Haj Ibni Sultan Ibrahim ( Tengku Panglima Johor)

Pautan Berita

2- Dato’ Tuan Guru KH. Sohali Solihin – Pautan Halaman Facebook

3 -Halaman facebook dibawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.:- Perasmian Masjid

4 – Sambutan Maulidirasrasul Masjid Kg Seri merlong dan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama dan Tahfiz Seri Merlong 2023 – Pautan Video

Sumber asal : – Malangnya web site Masjid Jannatul Firdaus Seri Merlong seperti sudah dipadam. (http://mjfirdaus.weebly.com/sejarah.html)

Semoga perkongsian Info dan Sejarah Masjid Kampung Seri merlong ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram dan Page Onlajer.

One thought on “Info dan Sejarah Masjid Kampung Seri merlong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge