Mitos lampu kelap Kelip

Jujurnya saya kenal dengan lampu kelap – kelip ini disekitar pertengahan tahun 80an…

Waktu itu kemungkinan besarnya kampung saya baru sahaja menerima bekalan elektrik. Dan lampu kelap – kelip pertama keluarga kami berbentuk bunga. Dan kebanyakan lampu neon nya sudah tiada pada holder yang berbentuk bunga.

Barang secondhand biasala ada sahaja yang kurang… Rasa kalau nak beli waktu itu mungkin tidak mampu atau kami tidak tahu dekat mana lampu perhiasan itu dijual.

Munkin sekali kedai – kedai logam yang ada disekitar pekan kami tidak menjualnya.

Jadi kami guna sahaja apa yang ada, holder yang tidak punyai mentol kami potong dan sambung kembali. Orang kampung kebanyakan sangat kreatif walaupun tidak punyai pendidikan formal untuk alatan elektrik.

lagipun kebanyakan sambungan wayer waktu itu , kebanyakanya wayer merah dan hitam berpintal dan agak lembut jadi tak delah susah sangat untuk melakukan kerja pendawaian.

Setelah siap kerja potong dan sambung dan diuji. Maka lampu hiasan kelap – kelip tersebut akan dipasang pada anjung rumah untuk menaikan seri apabila tibanya malam tujuh likur.

Maknanya mereka akan menghidupkan lampu kelap- kelip apabila seminggu nak masuk hari raya puasa.

Dan yang best nya , lampu kelap – kelip ini boleh di recycle sampai anak bongsu pun dah habis sekolah.

Beli lampu kelap kelip

Tapi itu dulu , sekarang?
Nak dapatpun senang, murah pulak tu macam – macam opsyen ada. tinggal pilih je lampu kelap kelip pilihan hati.

Beli lampu kelap kelip

google image

Cantik – cantik pula tu… Hanya tinggal kena jaga jer.

Hanya nasihat jaga lah sikit control station pada lampu kelap kelip. jangan nak main tekan – tekan , sampai butang kawalan pun tengelam.

kalau  dah tengelam , tinggal satu option je la lampu kelap kelip akan berfungsi.

Time tu lah kekadang rasa boring, disebabkan pegerakan lampu kelap kelip tidak mengikut apa citarasa kita.

kesudahanya tahun depan beli set yang baru , untuk memeriahkan suasana.

p/s- err dari saya ,kalau kawan – kawan nak beli atau survey – survey harga lampu kelap kelip boleh try dekat sini –
Kedai lampu kelap kelip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge