MUAFIQ DAN MASBUK

Assalamualaikum, Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT Jumaat telah tiba lagi penghulu sekian hari moga kita dilimpahkan Rahmat dan di beri rezeki yang melimpah ruah untuk dikongsi bersama keluarga.

Dalam minggu yang lepas tamatlah sesi pembelajaran kitab Minyatul musolli karangan As-Sheikh Daud Al-Fatani. Kitab ini menerangkan permasalahan solat .Dan dalam bab – bab terakhir juga ada suatu risalah yang menerang kan sesorang itu  boleh menjadi Muafiq atau pun Masbuk apabila solat berjemaah.

Definisi :

Makna Masbuk ialah makmum yang ketinggalan. Iaitu makmum yang tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca al-Fatihah bersama imam.Contoh dan gambaran Masbuk :Ini disebabkan semasa ia masuk berjemaah imam sedang rukuk atau hampir-hampir akan rukuk. Orang yang berkeadaan begini sekiranya ia dapati imam sedang rukuk maka hendaklah ia terus bertakbir serta niat sekali dan setelah berdiri sebentar (lamanya dalam kadar bacaan Subhanallah) teruskanlah rukuk bersama imam.Sekiranya dapat berhenti bersama imam semasa rukuk, maka itu dikira satu rakaat walaupun tidak membaca al-Fatihah kerana orang yang masbuk al-Fatihahnya di tanggung oleh Imam.Sekiranya ia berkesempatan berdiri bersama imam dalam masa yang singkat, maka hendaklah ia membaca al-Fatihah sekadar mana yang dapat dan teruskan mengikut imam dalam rukuk dengan syarat dapat berhenti bersama dalam rukuk itu.

Makna muafiq pula ialah makmum yang mempunyai masa yang cukup bersama imam untuk membaca al-Fatihah dengan bacaan yang sederhana.

Contoh dan gambaran Muafiq:

Jika sekiranya muafik masih belum selesai membaca al-Fatihah sedangkan imam telah rukuk, maka hendaklah ia menghabiskan al-Fatihah itu sehingga imam selesai sujud dan bangun daripada sujud yang kedua.

Sekiranya makmum masih tidak selesai juga sedangkan imam sudah pun bangun berdiri ataupun duduk tahiyat akhir maka hendaklah makmum itu memilih sama ada berpisah dengan niat mufaraqah (berpisah) ataupun terus mengikut perbuatan imam dan rakaat itu tidak di ambil kira. Jika tidak berbuat salah satu antara kedua hal tersebut,maka batallah solatnya.

Hukum orang muawiq

1) Hukum bagi orang muwafiq dimaaf kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang panjang daripada imamnya.Tidak termasuk rukun yang pendek.

2) Contoh rukun panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahud awal dan duduk antara dua sujud.

Hukum orang yang masbuq

Ma’mum yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan fatihah, kerana fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh ma’mum itu dikira semuanya ditanggung oleh imamnya.

1) Dari Sahal bin Saad r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Imam yang menanggung pembacaan, apabila baik bacaannya maka pahalanya untuk dirinya dan untuk mereka (ma’mum), dan jika rosak bacaannya maka dosanya di atas dirinya sendiri dan bukan atas mereka”. (hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim)

2) Imam terlalu cepat membaca bacaan di dalam solat. Apabila ma’mum berdiri daripada sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan ia tidak sempat menghabiskan bacaan Al- Fatihah, maka hukumnya wajib ke atas ma’mum itu rukuk bersama-sama imamnya kerana ia seperti orang masbuq dan dia mendapat rakaat itu.

3) Jika seorang makmum masbuq rukuk terkemudian daripada imam sebab ia membaca al fatihah hingga imamnya bangkit daripada rukuk, maka luputlah rakaat itu dan wajib ke atasnya tambah satu lagi rakaat selepas salam imamnya.

Duduk Masbuq

Masbuq duduk mengikuti duduk imam. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
“Sesungguhnya imam itu diangkat untuk diikuti” (HR.Al-Bukhari dan Muslim).
Makmum masbuq masih mendapat pahala berjemaah, apabila makmum dapat mengikutnya sebelum imam memberi salam. Akan tetapi makmum yang mengikuti dari mula mendapat ganjaran lebih banyak daripada makmum yang mengikuti kemudian.

Video  Ringkas Muafiq dan Masbuk dari UAI

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

10 Comments

  1. Wan Mohd Hafiz May 24, 2013
  2. Izzuddin Fauzi
    Twitter:
    May 24, 2013
  3. JomJalan May 24, 2013
  4. munir ardi
    Twitter:
    May 25, 2013
  5. TehR
    Twitter:
    May 25, 2013
  6. titan
    Twitter:
    May 25, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      May 25, 2013
  7. Hafizul
    Twitter:
    May 26, 2013
  8. hafizmd
    Twitter:
    May 27, 2013
  9. cik tom May 28, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Daftar emel dan langgani newsletter dari blog Onlajer.com secara percuma untuk Tips,panduan produk Elektrik dan informasi terkini.

You have Successfully Subscribed!