Menuju Kemuncak Musim Haji

Assalamualaikum,

Ada sesiapa yang telah membaca akhbar metro yang menyatakan kebanyak khemah dipadang Arafah telah diterbangkan akibat hujan dan ribut selama 15minnit. Namun bergitu usah khuatir Insha-Allah semuanya akan selamat dan selesai mengikut Jadualnya.Jika perkiraan saya tidak silap jemaah Haji Malaysia akan bergerak ke arafah pada hari Ahad ini untuk menunggu ketibaan hari wukuf yang akan jatuh pada hari isnin.

Dan untuk hari Jummaat yang terakhir sebelum bergerak ke Arafah suka nya aku ingin menasihatkan kepada semua jemaah haji untuk hadir lebih awal daripada biasa mungkin jika waktu solat jummaat bermula pada pukul 12tengah hari. Adalah lebih afdal supaya anda tiba pada jam 9 atau selewatnya pukul 10. Dengan angaran lebih 2 juta umat islam pada suatu masa dibawah panas terik matahari pun mereka sanggup untuk duduk menunggu masuk nya wakru solat jumaat.

Pada waktu – waktu puncak ini juga para jemaah haji tidak digalakan untuk membuat umrah sunat kerana kebanyakan jalan sudah mula sesak dan kebanyakan pemandu teksi akan mengambil kesempatan menaikan tambang sehingga 120rial pergi balik dari Mekkah ke Mesjid Tanaim sangat jauh bezanya dari 40Rial pada waktu biasa atau tambang bas yang hanya 2rial.

Musim Haji

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan kepada para jemaah haji supaya banyak bersabar ketika berada di Padang Arafah yang tentu nya kurang keselesaan disamping perlu beratur panjang untuk mengunakan tandas> Namun bergitu segala kepayahan yang ada disana akan membuat kan kita lebih tawaduk dan sangat – sangat bersyukur kerana kita telah dipilih menjadi tetamu Allah SWT.

Dan kepada rakan – rakan saya berharap dapatlah kita mendoakan kesenangan perjalanan ibadah haji Kaum keluarga atau semua kenalan kita semoga mereka juga mendapat limpahan rahmat dan mendapat Haji yang mabrur – Insha-Allah.

Haji Menuju Allah – Raihan
p/s: Semoga tikar/sejadah getah yang dibekalkan oleh pihak tabung haji dapat membantu memberi keselesaan kepada para jemaah haji InshaAllah.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

5 Comments

  1. titan
    Twitter:
    October 11, 2013
  2. Hazmin Hamudin October 11, 2013
  3. TehR
    Twitter:
    October 11, 2013
  4. wazy
    Twitter:
    October 11, 2013
  5. Hafizul
    Twitter:
    October 13, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge