Nasi Budget Air Katira Janda

1/7/2015 untuk anak – anak yang lahir pada tahun 2009, Sekolah Agama Taman Kota Masai membuka pendaftaran untuk murid tahun satu sesi 2016.

Alhamdulilah saya dapat melaksanakan tangung jawab saya untuk mengambil borang untuk proses pendaftaran anak saya. Tidak seperti tahun – tahun yang lepas. Kami datang terus borang diberi, tetapi untuk tahun ini jika ingin mengambil borang pihak sekolah mensyaratkan kami membawa surat beranak dan menulis nama kami sebagai bukti yang kami sudah menerimanya. Salah satu nya juga pihak sekolah ingin menghadkan bilangan murid yang akan diambil.

Saya tidak menyalahkan pihak sekolah, disebabkan sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang ini juga merupakan salah satu sekolah yang bergitu padat dengan tidak kurang sepuluh kelas untuk darjah satu. Dengan kapasiti 30 hingga 40 setiap kelas. Satu keadaan yang sesak untuk sesebuah kelas berbanding di kampung halaman saya yang hanya dua kelas dan murid pun tidak pula melebihi 34 atau 36 setiap kelas.

Mesjid Dan Sekolah Agama Kota Masai Jalan Nenas

Disatu selekoh , Sekolah Agama Berhampiran Mesjid

Jadi apabila saya menyebut angaran murid dan berapa kelas untuk menampung murid – murid yang akan mula bersekolah pada sesi 2016, anda mungkin dapat agak berapa ramai ibu bapa yang hadir pagi ini. Memang ramai persis mengambil BRIM. Saya sendiri terpaksa beratur dalam masa 2jam sebelum sampai giliran saya.

Dalam masa 2jam sahaja, berbagai cerita yang saya dengar. Paling menarik adalah isu kerjaya. Dengan kadar Gaji asas RM1100, mereka perlu kerja lebih masa,tidak boleh masuk terlambat,Sedaya upaya tidak mengambil cuti sakit lebih daripada 5 hari ,tidak unpaid leave dan sebagainya. Bagi memastikan mereka mendapat gaji yang benar – benar cukup untuk menyara keluarga mereka.

Jika ada rakan sekerja saya yang membaca perengan ini ,Anda harus bersyukur, belum punyai keluarga anda semua memang sudah tidak layak menerima BRIM.

Masih ramai rupanya yang perlu dibantu , hanya tinggal kita untuk membantu apa yang perlu.

“Gaji mereka kecik , Tapi saya lihat KFC masih penuh” Jika anda pernah baca ayat sebergini sila abaikan sahaja. Orang ini ,sepertinya tidak punyai anak kecil yang mahu merasa itu dan ini.

Jadi saya harap mereka dapat membaca artikel ini atau artikel daripada kalangan rakan saya yang mengajak mereka membina blog atau sekurang – kurang nya join program afiliate yang dapat membantu mereka menjana kewangan.

Tidak ada guna anda buat post status faceebok ” saya berbuka nasi budget bersama air katira Janda” Ia sama sekali tidak akan menghasilkan wang, walaupun anda mampu menjana berpuluh like.

Daripada anda buat status tersebut lebih baik anda olah ayat anda dicampur dengan link afiliate Klikjer,Lazada,Ashadee atau sebagainya. Mungkin apa yang anda buat tidak akan menghasilkan jualan tetapi ia lebih baik daripada langsung tidak cuba untu mempromosikanya.

Jadi terpulanglah kepada anda mahu mencuba atau tidak, peluang sentiasa terbuka untuk anda menilainya. Anda tidak punyai blog, anda boleh mula dengan mengunakan Facebook

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

8 Comments

  1. Ani Haryani July 2, 2015
  2. sabree hussin July 2, 2015
  3. suri July 4, 2015
  4. Hafizul
    Twitter:
    July 5, 2015
  5. musadun July 8, 2015
  6. Dr Fattah July 23, 2015
  7. Noriza Rahman
    Twitter:
    July 30, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge