Panduan dan hukum keju mengikut fatwa

Adakah keju itu halal?

 keju dari google

Dari sahabat halal jakim

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oct 1990 telah membincangkan Keju Sebagai Bahan Makanan. Muzakarah telah memutuskan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus samada enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih.

1. Hujah/Ulasan

(a) Muzakarah mengambil maklum akan penjelasan yang telah disampaikan oleh Dr. Abu Bakar Hussain dari Bahagian Teknologi Makanan MARDI seperti berikut:

Keju merupakan makanan harian yang berkhasiat kerana ia mengandungi vitamin, protin, lemak, kalsium dan zat besi. Kebanyakan keju dihasilkan daripada susu lembu, tetapi oleh kerana susu ini cair maka untuk memendapkan pepejal yang ada dalam susu, ia mesti digunakan “enzime” dalam pembuatan keju yang dikenali sebagai “renet”.

Enzime boleh diperolehi daripada tumbuhan atau pun kulat, tetapi enzime daripada anak lembu adalah yang paling baik untuk membuat keju. Selain enzime anak lembu, ia juga didapati daripada anak kambing, anak biri-biri dan anak babi. Enzime daripada anak lembu adalah yang paling praktikal kerana dagingya boleh dijual dengan harga yang mahal. Perut anak lembu itu dikeluarkan dan dikeringkan, untuk mendapat enzime yang dipanggil renet. Renet itu dimasukkan sedikit sahaja ke dalam susu untuk menjadikan keju.

Kebanyakan keju yang diimport oleh Malaysia adalah datangnya dari negara-negara bukan Islam. Timbul keraguan tentang keju yang diimport itu, sama anak binatang yang diambil renet itu daripada binatang yang halal atau tidak. Dan jikalau binatang halal adakah anak binatang itu disembelih secara islam.

Kebanyakan keju di pasaran hanya ditulis dengan perkataan renet sahaja tanpa ditulis punca asal renet itu diambil sama ada daripada binatang halal atau tidak.

(b) Muzakarah mengambil ingatan di atas pandangan-pandangan seperti berikut:

Renet atau “infah” yang dijadikan enzim untuk membuat keju itu diambil daripada anak binatang, sama ada ianya daripada binatang yang halal atau pun tidak.

Menurut pendapat Mazhab Syafie dalam kitab” ” Jilid 1 karangan Wahbah Zahili, bahawa dimaafkan daripada infah iaitu renet yang digunakan untuk membuat keju, juga seperti dimaafkan alkohol untuk membuat ubat dan bau-bauan. Dimaafkan juga seperti ulat yang mati di dalam buah, selama ulat itu tidak dibuang dan dimasukkan kembali ke dalam buah tersebut , dan selama mana ulat itu tidak merubah keadaan buah itu sama ada dari segi warna, rasa dan bau.

Menurut mazhab Abu Hanifah dalam Majmu’ Fatawa Sheikh Al-Islami Ibnu Taimiyah Jilid 21, ada pendapat yang mengatakan keju adalah harus dimakan dan ada pula pendapat yang mengatakan keju tidak harus. Pendapat yang mengatakan keju adalah harus, mereka berhujah bahawa pada zaman Sahabat, keju dimakan adalah yang diimport daripada orang-orang Majusi. Pada hal sembelihan orang-orang Majusi adalah tidak boleh dimakan.

Menurut satu pendapat daripada Imam Ramli, seorang ulama’ Shafie, seperti yang dinaqalkan oleh Sheikh Zainal Abidin Ibnu Muhamad Al-Fathani di dalam kitab” ” Juzu’ Pertama bahawa “jubnun atau keju itu halal dan boleh dimaafkan”

Ulama’-ulama’ Islam juga berpendapat bahawa ukuran sesuatu bahan itu najis atau pun tidak adalah berdasarkan kepada sesuatu benda yang najis itu adakah boleh merubah sesuatu bahan makanan dari segi warna, rasa dan baunya. Selagi bahan makanan itu tidak berubah, maka ia boleh dimakan.
2) Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut secara islam.

Jadi kesimpulanya keju adalah harus untuk dimakan dengan syarat jika renet diambil daripada binatang yang disembelih menurut secara islam. Wassalam…

Semak online tentang harga pasaran Produk KEJU terbaik

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

One Response

  1. ohcikgu
    Twitter:
    December 8, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge