Panduan Dan Rahsia Membeli Barangan Dari China

China merupakan Negara pengeluar pelbagai jenis barang di dunia. Di antara barangan yg terkenal di Negara china adalah barangan elektrik dan gadget. Hal ini kerana Negara china merupakan antara Negara yang terbesar di dunia dan mempunyai jumlah penduduk yang ramai.

Kebiasaan kepada pengguna yang tiada pengalaman membeli barangan di china akan menghadapi pelbagai masalah dan antara masalah utama  ialah kualiti barangan tersebut, hal ini kerana Negara china merupakan Negara yang terkenal dengan barangan tiruan sehingga mendapat gelaran ”peniru terbaik” di dalam sebuah akhbar tempatan.

panduan membeli dari china

Antara signboard dikawasan perniagaan

Kali ini saya akan kongsikan beberapa tips yang berguna untuk kalian yang ingin membeli barangan atau memborong barangan elektrik daripada china. Tips ini telah saya pelajari daripada beberapa sahabat berbangsa cina  yang mempunyai pengalaman memborong barangan elektrik daripada Negara china. Antara barangan elektrik yang selalu di  beli disana adalah seperti lampu kalimatang, lampu LED, kipas dinding, alatan pengecas tenaga solar hingga ke peralatan rumah yang boleh dipasarkan di Negara sendiri.

Antara tips yang amat berguna adalah mereka akan pergi kesana secara berkumpulan. Dengan cara ini mereka akan berkongsi menyewa kontena dan kos penghantaran balik ke Negara kita. Dengan cara ini ,Ia akan dapat menjimatkan sedikit modal mereka dan mereka akan berpeluang meraih untung yang lebih berbanding pergi secara perseorangan. Tips ini akan lebih berkesan sekiranya anda adalah peniaga kerana dengan cara ini anda akan mendapat membeli barangan dengan lebih  banyak untuk mengisi ruang di kedai anda.

Tetapi pada zaman yang serba canggih ini, orang cina lenih cenderung menggunakan teknik borong online dengan menggunakan website ToaBoa.com. teknik ini hanya diketahui oleh mereka kerana website ini adalah dalam berbahasa cina.

Tetapi sebelum anda melayari website tersebut anda perlu mengetahui beberapa perkara yang sangat penting sebelum anda menyesal di hari kelak.

Sekiranya anda yerus membuat belian berkemungkinan besar anda tidak akan dapat barang yang telah anda beli. Selain itu, anda mungkin terpaksa menanggung kos yang tinggi dari segi cukai dan kos penghantaran.

Anda mesti sedang tertanya-tanya mengapakah dan siapakah syarikat yang menguruskan website  ToaBoa.com, sebenarnya website tersebuiat adalah milik syarikat Alibab.

Di samping itu, kalian perlu tahu bahawa syarikat ini mempunyai 3 website yang berbeza iaitu Alibaba.com, AliExpress.com dan ToaBoa.com.

Apakah perbezaan diantara laman web ini. Alibaba.com, ianya adalah lebih khusus kepada pemborong-pemborong yang besar dimana, produk-produk disitu dijual dengan harga yang sangat rendah. Tetapi untuk membeli di Alibaba, secara purata, minimum kuantiti yang perlu dipesan adalah antara 500 unit hingga 1,000 ke 10,000 unit.Manakala AliExpress.com pula, adalah untuk segmen pengguna (consumer) dimana, di AliExpress.com, anda boleh membeli produk pada kuantiti yang sedikit, tetapi dengan harga yang agak mahal.

Ianya sebenarnya sebuah website yang disasarkan kepada pengguna-pengguna di U.S.  yang mahu membeli barang dari China secara terus.TaoBao.com pula, adalah di tengah-tengah… ianya adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan.

PRODUK ELEKTRIK DI TaoBao

Antara produk yang boleh dipilih di Tao.Bao

Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com .

Jadi ianya “sangat berpatutan!”. Sangat sesuai untuk pemborong-pemborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.

Kesimpulannya, barangan di Negara di china tidaklah seteruk yang orang ramai sangka. Untuk mengelak masalah ini anda haruslah membuat kajian barangan yang anda ingin dibeli supaya kita tahu akan kualiti barangan tersebut agar mendapat kepuasan hati pelanggan.

Antara Rahsia TaoBao.com Yang Akan perlu pelajari Pelajari –

  • Rahsia 1 : Teknik Mencari Produk Pasti Laku
  • Rahsia 2 : Produk Yang Perlu Dielakkan!
  • Rahsia 3 : Langkah Demi Langkah Membuat Pembelian DiTaoBao.com
  • Rahsia 4 : Cara Menjual Produk Yang Telah Diborong Secara Online!
  • Rahsia 5 : Proses Jualan & Teknik Meng”Ayat”

Untuk yang mahu belajar teknik rahsia TaoBao anda boleh terus pergi mendapatkan ebook ini di Rahsia TaoBao.com

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

10 Comments

  1. farzli April 21, 2015
  2. ohcikgu
    Twitter:
    April 22, 2015
  3. Myra Jay April 22, 2015
  4. Ikhwan Fahmi
    Twitter:
    April 22, 2015
  5. mrhanafi April 22, 2015
  6. Mek ila Jual Vitamin April 22, 2015
  7. Ani Haryani April 23, 2015
  8. muliani April 27, 2015
  9. Hafizul
    Twitter:
    April 29, 2015
  10. Vander Good May 13, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge