Panduan Dekorasi Budget Rumah Baru

MENDEKORASI RUMAH BARU

Adakah anda baru berpindah rumah dan mempunyai masalah untuk mendekorasi rumah anda? Adakah perlu untuk anda mengupah pereka (designer) untuk menghias rumah anda?

Mengupah pereka memanglah salah satu jalan yang mudah dalam mengatasi masalah ini, tetapi tidak semua orang mampu untuk megupah pereka hiasan rumah kerana upahnya yang sangat tinggi.

Bagi yang tidak mampu pula tidaklah perlu anda risaukan kerana anda sendiri boleh mendekorasi rumah anda. Anda hanya  perlu mendapatkan sedikit sebanyak pengetahuan berkenaan mendekorasi rumah. Maklumat-maklumat ini boleh didapati di internet ataupun buku-buku berkaitan mendekorasi rumah.

Disini Terdapat beberapa tips yang dapat dikongsikan bagi anda  yang ingin mendekorasi rumah:

CAT DINDING RUMAH

Mengecat dinding rumah merupakan tindakan pertama yang perlu anda lakukan dalam mendekorasi rumah. Sekiranya anda sudah meletakkan beberapa perabot ke dalam rumah, kerja-kerja mengecat akan menjadi lebih sukar untuk dilakukan. Mengecat dinding rumah adalah cara terpantas untuk membuatkan dekorasi rumah nampak segar dan menarik. Pemilihan warna cat pula seeloknya bersesuaian dengan sifat keperibadian anda. Sekiranya anda seorang yang ceria, penggunaan warna yang cerah amat sesuai digunakan seperti warna kuning atau hijau terang. Bagi warna seperti biru muda pula sesuai bagi mereka yang berwatakan kelam. Anda juga boleh membuat kajian anda sendiri dalam mencari  warna yang sesuai untuk ruangan rumah anda.

 

PASANG GAMBAR KENANGAN ATAU GAMBAR KELUARGA

Panduan Dekorasi Budget Rumah Baru

Dengan meletakkan gambar keluarga atau gambar-gambar kenangan istimewa, rumah anda akan menjadi istimewa dan menarik. Cetak gambar dalam ukuran besar dan bingkaikan serta pasang di dinding rumah. Gambar dengan cetakan yang kecil sesuai diletakkan di ruang tamu dimana tetamu yang datang akan suka untuk melihatnya.

PASANG RAK TERAPUNG

Panduan Dekorasi Budget Rumah Baru

        

Rak terapung adalah deretan rak kecil yang melekat terus kedinding. Rak ini sesuai untuk meletakkan foto di sekitarnya serta barang hiasan seperti botol kaca dan cenderahati yang anda miliki. Selain ruang tamu, rak ini juga sesuai diletakkan di dalam bilik mandi serta dapur. Disamping kelihatan menarik, rak ini turut menjimatkan ruang untuk anda meletakkan barang.

MELETAKKAN PERABOT YANG  SESUAI

Penggunaan perabut merupakan faktor penting dalam mendekorasi rumah. Pilihlah perabot yang tidak terlalu memerlukan ruangan yang banyak untuk diletakkan di dalam rumah. Perabot dengan gaya dan warna yang sesuai dengan keperibadian anda biasanya akan serasi ketika dipasang di dalam rumah.

MENGUBAHSUAI PERABOT LAMA

Perabot lama yang masih boleh dipakai juga sesuai diletakkan di dalam rumah. Dengan sedikit pengubahsuaian seperti mengecat almari, kerusi dan meja serta mengganti kain kursi atau sofa sudah menampakkan perabot tersebut dalam keadaan yang baru. Cara ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos untuk mendekorasi rumah anda.

GANTUNGKAN BEBERAPA KARYA SENI.

Hiasan dinding yang paling sesuai digunakan adalah dengan menggantungkan beberapa karya seni. Karya seni yang digunakan adalah seperti fotografi alam, lukisan, poster dan lain-lain. Gunakan bingkai yang menarik untuk meletakkan karya seni tersebut. Sesungguhnya dinding yang kosong adalah dinding yang membosankan.

hiasan karya seni

GUNAKAN KARPET YANG SESUAI

Karpet dipasang bertujuan untuk menutupi lantai serta menambah daya tarikan lantai. Karpet paling sesuai dipasang pada ruangan yang kosong tanpa banyak perkakasan yang digunakan. Ini akan menjadikan rumah nampak seperti penuh dengan perkakas rumah. Gunakan karpet yang mempunyai warna yang sesuai dengan dekorasi rumah anda supaya nampak lebih menarik.

carpert baru beli di lazada

Untuk anda yang mahu lebih info tentang hal dekorasi kediaman anda boleh sahaja layari halaman Panduan Dekorasi .com

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

14 Comments

  1. cik tom November 25, 2015
  2. zik November 25, 2015
  3. Sani
    Twitter:
    November 26, 2015
  4. mrhanafi November 26, 2015
  5. Media Sensasi November 26, 2015
  6. Ikhwan
    Twitter:
    November 27, 2015
  7. Hairul Hissam November 28, 2015
  8. Raihanah Ahmad December 2, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: