MENDEKORASI RUMAH BARU
Adakah anda baru berpindah rumah dan mempunyai masalah untuk mendekorasi rumah anda? Adakah perlu untuk anda mengupah pereka (designer) untuk menghias rumah anda?
Mengupah pereka memanglah salah satu jalan yang mudah dalam mengatasi masalah ini, tetapi tidak semua orang mampu untuk megupah pereka hiasan rumah kerana upahnya yang sangat tinggi.
Bagi yang tidak mampu pula tidaklah perlu anda risaukan kerana anda sendiri boleh mendekorasi rumah anda. Anda hanya perlu mendapatkan sedikit sebanyak pengetahuan berkenaan mendekorasi rumah. Maklumat-maklumat ini boleh didapati di internet ataupun buku-buku berkaitan mendekorasi rumah.
Disini Terdapat beberapa tips yang dapat dikongsikan bagi anda yang ingin mendekorasi rumah:
CAT DINDING RUMAH
Mengecat dinding rumah merupakan tindakan pertama yang perlu anda lakukan dalam mendekorasi rumah. Sekiranya anda sudah meletakkan beberapa perabot ke dalam rumah, kerja-kerja mengecat akan menjadi lebih sukar untuk dilakukan. Mengecat dinding rumah adalah cara terpantas untuk membuatkan dekorasi rumah nampak segar dan menarik. Pemilihan warna cat pula seeloknya bersesuaian dengan sifat keperibadian anda. Sekiranya anda seorang yang ceria, penggunaan warna yang cerah amat sesuai digunakan seperti warna kuning atau hijau terang. Bagi warna seperti biru muda pula sesuai bagi mereka yang berwatakan kelam. Anda juga boleh membuat kajian anda sendiri dalam mencari warna yang sesuai untuk ruangan rumah anda.
PASANG GAMBAR KENANGAN ATAU GAMBAR KELUARGA
Dengan meletakkan gambar keluarga atau gambar-gambar kenangan istimewa, rumah anda akan menjadi istimewa dan menarik. Cetak gambar dalam ukuran besar dan bingkaikan serta pasang di dinding rumah. Gambar dengan cetakan yang kecil sesuai diletakkan di ruang tamu dimana tetamu yang datang akan suka untuk melihatnya.
PASANG RAK TERAPUNG
Rak terapung adalah deretan rak kecil yang melekat terus kedinding. Rak ini sesuai untuk meletakkan foto di sekitarnya serta barang hiasan seperti botol kaca dan cenderahati yang anda miliki. Selain ruang tamu, rak ini juga sesuai diletakkan di dalam bilik mandi serta dapur. Disamping kelihatan menarik, rak ini turut menjimatkan ruang untuk anda meletakkan barang.
MELETAKKAN PERABOT YANG SESUAI
Penggunaan perabut merupakan faktor penting dalam mendekorasi rumah. Pilihlah perabot yang tidak terlalu memerlukan ruangan yang banyak untuk diletakkan di dalam rumah. Perabot dengan gaya dan warna yang sesuai dengan keperibadian anda biasanya akan serasi ketika dipasang di dalam rumah.
MENGUBAHSUAI PERABOT LAMA
Perabot lama yang masih boleh dipakai juga sesuai diletakkan di dalam rumah. Dengan sedikit pengubahsuaian seperti mengecat almari, kerusi dan meja serta mengganti kain kursi atau sofa sudah menampakkan perabot tersebut dalam keadaan yang baru. Cara ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos untuk mendekorasi rumah anda.
GANTUNGKAN BEBERAPA KARYA SENI.
Hiasan dinding yang paling sesuai digunakan adalah dengan menggantungkan beberapa karya seni. Karya seni yang digunakan adalah seperti fotografi alam, lukisan, poster dan lain-lain. Gunakan bingkai yang menarik untuk meletakkan karya seni tersebut. Sesungguhnya dinding yang kosong adalah dinding yang membosankan.
GUNAKAN KARPET YANG SESUAI
Karpet dipasang bertujuan untuk menutupi lantai serta menambah daya tarikan lantai. Karpet paling sesuai dipasang pada ruangan yang kosong tanpa banyak perkakasan yang digunakan. Ini akan menjadikan rumah nampak seperti penuh dengan perkakas rumah. Gunakan karpet yang mempunyai warna yang sesuai dengan dekorasi rumah anda supaya nampak lebih menarik.
Untuk anda yang mahu lebih info tentang hal dekorasi kediaman anda boleh sahaja layari halaman Panduan Dekorasi .com
NO | JENAMA DAN MODEL | HARGA | TAWARAN ISTIMEWA |
---|---|---|---|
1 | York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split | RM799.00 | SURVEY SEKARANG |
2 | Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner | RM1211.25 | SURVEY SEKARANG |
3 | Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED | RM793.46 | SURVEY SEKARANG |
4 | KDK KB404 Table Fan 16" | RM 125.00 | SURVEY SEKARANG |
5 | KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control | RM 259.00 | SURVEY SEKARANG |
6 | KDK K15V0 Ceiling Fan 60" | RM 146.70 | SURVEY SEKARANG |
cantiknya idea dekorasi yang frame kat dindign tu..berkenan pulak tengok…
cik tom recently posted…Buat duit dari blog beli hadiah mak saudara
Twitter: oncit
November 25, 2015
Cik tom pun pasti bijak dalam hal – hal dekorasi ini
onlajer recently posted…Panduan Dekorasi Budget Rumah Baru
idea yang menarik… tapi ruangan rumah sewa terlalu kecil… boleh lah untuk ruangan tamu
zik recently posted…15 Tips berbelanja secara bijak
Twitter: oncit
November 25, 2015
boleh sahaja jika kena gaya ruangan kecil boleh nampak luas
onlajer recently posted…Panduan Dekorasi Budget Rumah Baru
Twitter: sunnyxmate
November 26, 2015
Kalau orang yang belajar Interior designer memang inilah periuk nasi mereka. Tapi yang memang totally zero pasal hiasan dalaman ni, memang kena belajar, sekurang kurang dia tahu macam mana nak buat kombinasi warna yang cantik untuk ruang tamu rumah mereka.
Sani recently posted…4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Twitter: oncit
November 26, 2015
orang yang tak belajar pun sekarang boleh buat reserch dekat google atau pun majalah dekorasi
onlajer recently posted…Panduan Dekorasi Budget Rumah Baru
bab membuat deko kat rumah perlukan kreativiti yang hebat baru dapat kesan yang hebat..
mrhanafi recently posted…5 Tips Atasi Bosan Bekerja
Twitter: oncit
November 26, 2015
sebab itu lah orang yang kurang berimiginasi kena buat kajian lihat gambar – gambar deco ,tonton rancangan dekorasi dalam dan luar negara baru boleh terinspirasi
onlajer recently posted…Panduan Dekorasi Budget Rumah Baru
minat perlu ada dalam bidang deco begini..
Hero Borneo recently posted…Kebaikan Memanah Untuk Kejayaan Diri
Perkara paling penting survey barang kat ikea dulu pastu brulah boleh dekorate umah macam artis.. ehehe
Media Sensasi recently posted…9 Gambar Sekuriti Bank Yang Cantik Jadi Viral Di Instagram
Twitter: oncit
November 26, 2015
kalau imiginasi hebat boleh sahaja survey barangan dekat hardware,kedai elektrik, kedai perabot biasa – biasa dicampur dengan kedai seberneka
onlajer recently posted…Panduan Dekorasi Budget Rumah Baru
Twitter: panduandpli
November 27, 2015
saya suka susunan rak terapung 🙂
Ikhwan recently posted…4 Tips Beli Rumah Pertama
warna cat dinding juga kena match dgn perabot dan lantai, baru rasa tenang duduk di rumah..
Hairul Hissam recently posted…7 Keburukan Beli Rumah Depan Sekolah & Testimonial Pakej Deco Kek Hairul Menjadi Betul
cantik2 dekor tu
Raihanah Ahmad recently posted…Kini Anda Juga Boleh Cantik