Panduan DekorasI Ruangan Yang Kecil

Jika anda mempunyai rumah yang memiliki ruangan yang kecil dan sempit pasti anda akan menghadapi masalah dalam mendekorasi rumah anda. Ini kerana tidak banyak pilihan perkakas rumah yang dapat diisi di dalam ruangan tersebut.

Janganlah anda terlalu bimbang dengan permasalahan ini. Disini terdapat beberapa tips yang dapat dikongsikan dalam mendekorasi ruangan yang kecil:

Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk mendekorasi ruang tamu ukuran kecil adalah melakukan pengukuran ruang lantai dengan tepat.

RUANGAN DINDING

Ruangan dinding merupakan permukaan yang paling luas dari setiap ruangan, Justeru itu dinding perlu diberi lebih perhatian untuk didekorasi.

WARNA

Pilih warna cat dinding sama dengan warna cat langit-langit.

dekorasi ruangan kecil melalui warna cat

Ramai para designer yang menggunakan teknik ini untuk mendekorasi ruangan kecil supaya nampak besar. Ini kerana ia dapat mengaburkan batas antara langit-langit dan dinding.

PENGGUNAAN TIRAI

Ruangan akan menjadi lebih tinggi dengan menggantungkan tirai tepat dibawah garis langit-langit dan membiarkan tirai terurai ke lantai.

dekorasi ruangan kecil melalui tirai tingkap

 

KREATIF DENGAN RUANG PENYIMPANAN

Dalam penjimatan ruang, anda perlu bijak dalam menyimpan barang-barang. Seperti Contoh, anda boleh memasang laci dibawah tempat tidur. Laci adalah sangat sesuai untuk menyimpan cukup barang sehinggakan dapat menjadi jalan yang bijak agar ruangan menjadi lebih selesa. Anda juga boleh menggunakan rak terapung iaitu rak yang dilekatkan terus ke dinding. Ini akan membantu anda meletakkan barang-barang serta mengurangkan penggunaanruang di dalam rumah anda

BERMAIN DENGAN BERBAGAI BENTUK

Untuk rumah yang mempunyai ruangan yang kecil amatlah penting dalam bermain dengan bentuk perkakas rumah yang hendak digunakan. Ini kerana bentuk yang panjang dan lebar akan memakan ruang yang banyak. Ini akan menjadikan ruangan anda menjadi lebih sempit. Gunakanlah perkakas rumah yang lebih kecil dan pendek supaya dapat menjimatkan ruang.

PENGGUNAAN CERMIN

Dinding yang dipasang cermin akan membantu dalam membuka ruangan kecil. Ini kerana cermin dapat menghasilkan refleksi cahaya dan menciptakan ilusi optik sehingga terlihat Terdapat dua ruangan. Untuk ruangan yang sempit, letakkan cermin yang besar pada salah satu dari dua dinding pendek. Cermin juga dapat menambahkan kedalaman dan ilusi nampak luas di seluruh ruang tamu anda.

dekorasi ruangan kecil melalui pemasangan cermin

GUNAKAN SETIAP SUDUT RUANGAN

Anda dapat membuat banyak ruang di rumah anda dengan cara meletakkan perkakas rumah dengan rapat terus ke dinding sehingga ruangan dapat terbuka dengan lebih luas.

Tidak ada yang menjadikan ruangan lebih sempit melainkan dengan memiliki terlalu banyak barang. Justeru itu pilihlah perkakas rumah yang sesuai dan tidak memakan banyak ruang. Ini juga akan dapat menjimatkan kos mendekorasi rumah anda.

Untuk anda yang mahu lebih info tentang hal dekorasi kediaman anda boleh sahaja layari halaman Panduan Dekorasi .com

KIPAS & PENGHAWA DINGIN TERLAJAK LARIS
NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
Peluang Untuk Bekerja Part Time Dari Rumah! Terima bayaran upah lumayan dan bekerja dengan syarikat dari seluruh pelusuk dunia sebagai pekerja part time dari rumah. Info Lanjut -KLIK SINI

3 Comments

  1. titan
    Twitter:
    December 10, 2015
  2. Wan Zawawi
    Twitter:
    December 12, 2015
  3. cik tom December 13, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Daftar emel dan langgani newsletter dari blog Onlajer.com secara percuma untuk informasi terkini.

You have Successfully Subscribed!