Panduan Majlis Khatam Al-Quran

Panduan Majlis Khatam Al-Quran


Majlis Khatam Al-Quran

Jom lihat bacaan ilmiah terkini

Majlis Khatam Al-Quran boleh dilakukan secara individu atau secara berkumpulan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa dan tempat.

Untuk melakukan majlis khatam al-Quran secara individu adalah lebih baik mengajak kaum keluarga atau rakan-rakan taulan berdasarkan riwayat Qatadah ia berkata adalah Anas bin Malik, apabila ia mengkhatam al-Quran, dikumpulkan anggota keluarganya lalu beliau berdoa dalam majlis itu.

Manakala khatam al-Quran secara berkumpulan adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Daud dengan sanad yang sahih.

Sabda Rasulullah SAW, daripada Mujahid ia berkata “ Mereka berkumpul ketika khatam al-Quran kerana mengharapkan rahmat Allah SWT yang turun ketika itu”.

Panduan melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran adalah seperti berikut -:

Majlis diketuai oleh seorang khalifah. Kemudian, membaca istighfar 3 kali diikuti dengan :
الى حضرة النبي صلى الله عليه وسلم, الفاتحة

Adalah seeloknya ianya dibuka dengan bacaan al-Fatihah (الفاتحة).

Kemudian barulah majlis khatam dimulakan dengan bacaan surah ad-Dhuha (سورة الضحى) sehingga sampai surah an-Nas (سورة الناس).

Apabila sampai pada ayat terakhir surah yang dibaca dan hendak beralih ke surah yang seterusnya hendaklah dibaca takbir secara beramai-ramai (لا اله الا الله والله اكبر ولله الحمد) Sunat bagi pembaca al-Quran menyebut lafaz Takbir. Apabila selesai hendaklah membaca :

وتمت كلمة ربك صدقا وعدلا لا مبدل لكلمته وهو السميع العليم (سورة الأنعام :115

Untuk majlis khatam secara berkumpulan, bacaan surah dilakukan secara bergilir-gilir oleh pengkatam-pengkhatam dengan membaca Surah Ad-Dhuha sehinggalah ke surah an-Nas.

Apabila samapai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca hendaklah dibaca secara beramai-ramai diikuti membaca takbir (لا اله الا الله والله اكبر ولله الحمد) apabila hendak beralih ke surah yang seterusnya.

Selesai membaca surah an-Nas, pengkhatam menyambung membaca surah al-Fatihah disusuli 5 ayat awal surah al-Baqarah dan ayat ke-115, surah al-An’am.

Majlis diakhiri dengan membaca doa khatam al-Quran. Mengenai doa khatam al-Quran, sebenarnya tiada nas atau doa khas dan khusus untuk khatam al-Quran.

Apa-apa sahaja doa yang baik adalah diharuskan. Namun demikian, lazimnya doa ini dibaca ketika majlis khatam al-Quran.

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ على الظَّالِمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ على رَسُوْلِناَ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. رَبَّناَ تَقَبَّلْ مِناَّ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْناَ ياَ مَوْلاَ ناَ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ، وَاهْدِناَ وَوَفِّقْناَ إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ، بِبَرَكَةِ القُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَبِحُرْمَةِ مَنْ أَرْسَلْتَهُ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِيْنَ، وَاعْفُ عَناَّ ياَ كَرِيْمُ، وَاعْفُ عَناَّ ياَ رَحِيْمُ، وَاغْفِرْ لَناَ ذُنُوْبَناَ بِفَضْلِكَ ياَ أَكْرَمَ اْلأَكْرَمِيْنَ

Ya Allah, terimalah permohonan kami sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasihani. Tunjukkan kami ke jalan yang benar dengan berkat al-Quran Yang Agung, dengan berkat kehormatan Rasul junjungan rahmat sekalian alam, kasihani kami Ya Karim Ya Rahim, ampuni dosa kami Wahai Zat Yang Maha Agong.

Menyantuni anak – anak khatam Al-Quraan di Taman Nusa Damai Pasir Gudang

Semangat ibu bapa untuk anak – anak selepas berkhatan , Kami raikan dengan majlis kesyukuran  disulami dengan Majlis Khatam Al-Quran.

Saya sertakan juga doa khatam Al-Quran yang lazimnya ada disemua kitab suci Al-Quran Al-Karim.

Doa khatam Al-Quran
Makna doa khatam Al-Quran

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

Sumber ilmu : –

Nota:

Rakan saya mahu memberikan DVD Percuma 24 Kesalahan Tajwid

DVD ini diberikan secara PERCUMA, namun anda perlu bayar kos penghantaran & perkhidmatan serendah RM10 untuk memiliki dvd ini.

Jika anda berminat , anda boleh layari link ini – furqanworks.onpay.my

Baca juga – Miliki Inspirasi Qurani di awal Ramadan ini

One thought on “Panduan Majlis Khatam Al-Quran

  1. Nak sangat tanya ni. Yang Khalifah tu boleh tak guru kita sendiri? Macam mana kalau guru tu perempuan. Bolehke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge