Panduan melancong ke universal studio singapura

Alhamdulilah lawatan ke Universal Studio telah berjalan pada hari cuti HOl Sultan Johor. Jika difikirkan rupanya Johor Bahru ini seperti hub untuk ke destinasi percutian Taman Tema. Daripada Johor Bahru sahaja anda boleh memilih sama ada Lego Land , Hello Kitty mahupun ke Sentosa Island yangf menempatkan taman tema Universal studio, Aquaria dan macam – macam lagi destinasi yang hanya perlukan duit untuk dilaburkan.

Oleh kerana aku memang tidak pernah memandu sendiri ke singapura aku mengambil keputusan mengikuti pakej yang disediakan oleh syarikat travel yang dekat tingkat bawah Tune Hotel harga mak oii.. rasa macam nak berkira betul aku dah nak sama instalment kereta aku untuk 4orang sekeluarga.

Mitos rakan – rakan yang mengatakan Universal Studio susah untuk menikmati makanan dan yang paling utama untuk mengerjakan solat boleh dikatakan benar jika korang memang tidak mencari nya.  Walaupun Bilik solat yang disediakan hanya mampu memuatkan lebih kurang 10 jemaah tetapi ini sudah dikira baik daripada langsung tidak disediakan. Dan untuk makan tengah hari  saya haya memilih makanan dikawasan Food court Egypt yang bertentangan dengan lorong ke ruangan solat.

Egypt

Dekat belakang binaan patung inilah terletaknya bilik sembahyang .

Pendapat saya tentang universal studio ialah , Taman tema ini agak kurang sesuai untuk kanak – kanak kerana permainan di sini boleh diangap extream dengan kelajuan gerakan pantas , Err gua pun kecut juga.

Hanya sedikitlah yang saya rasa untuk hiburan anak – anak seperti naik bot dekat Madagascar berserta kuda pusing – pusing, Menonton wayang shreak selepas filem pertama atau sebelum filem kedua dan menaiki kereta di Lost world. -Sebahgian Gambar – Universal Studio Gambar Suka – Suka.

Hiburan untuk anak – anak yang sudah akhil baligh berserta orang tuanya semua yang ada disana termasuk Transformer the ride yang sungguh mendebarkan dan yang paling mengoncangkan dada di Roller Coster Egypt. Untuk keseluruhan aku memang galakan lah korang pergi dengan anak  – anak yang berani dan mesti cukup tinggi.

Dan kesimpulan nya Universal Studio adalah sebuah taman tema yang boleh dikunjungi oleh keluarga apabila mereka menawarkan diskaun yang sangat berpatutan, Dan jika anda tidak mahu membeli makanan atau minuman anda digalakan membawa nya dari rumah itu sahaja.

IKLAN: Senarai Homestay MurahHOT OFFER

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

20 Comments

  1. Mohd Shubhi
    Twitter:
    December 10, 2013
  2. anif
    Twitter:
    December 10, 2013
  3. OH Ping Blog December 10, 2013
  4. Bahrain December 10, 2013
  5. papa mifz December 11, 2013
  6. hafiz
    Twitter:
    December 11, 2013
  7. titan
    Twitter:
    December 11, 2013
  8. wazy
    Twitter:
    December 11, 2013
  9. Rina December 12, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      December 12, 2013
  10. sabree hussin December 12, 2013
  11. zool
    Twitter:
    December 12, 2013
  12. kaykillua December 12, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      December 13, 2013
  13. Hafizul
    Twitter:
    December 13, 2013
  14. TehR
    Twitter:
    December 15, 2013
  15. Sya Isya
    Twitter:
    December 15, 2013
  16. cik tom December 19, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge