Panduan membeli dan maintenace Hitachi Demolition Hammer

Hitachi Demolition hammer adalah sebuah mesin untuk memecahkan simen atau konkrit. Tidak kira anda berada dalam bidang civil atau elektrik, Pasti ada masa dan keadaan tertentu yang memerlukan anda mengunakan Demolition hammer ini.

Antara situasi yang biasa diguna oleh kontraktor elektrik adalah seperti mahu melakukan pemasangan jenis conseal ataupun kita nak membuat alur atau parit pada permukaan dinding atau lantai konkrit . Tujuan alur atau parit itu supaya kita boleh menanam paip kedalam dinding tersebut.

Jika dahulu alatan kuasa ini , boleh dikatakan sangat mahal , hanya kontraktor yang banyak duit sahaja yang mampu membelinya. Tetapi sekarang tidak lagi kontraktor kecil lah yang patut memilikinya supaya anda dapat melaksanakan tugasan dengan lebih cepat tanpa perlu menambah man power. Jika tidak anda perlu mengupah pekerja dengan membekalkan mereka tukul dan pahat besi.

Dipasaran ia terbahagi kepada dua saiz, kecil atau besar.

Manakala Jenama yang ada dipasaran memang pelbagai jenama dan model, ada jenama Milwaukee,Bosch,makita,dongcheng mahupun Hitachi.

Dari saya dua jenama yang saya gemari adalah sama ada Bosch ataupun Hitachi.

Namun bergitu untuk saiz yang kecil dalam angaran 5kg , saya lebih suka mengunakan jenama Hitachi yang dikatakan tahan lasak.

New Demolition Hammer

New Demolition Hammer

Senarai harga demolition hammer

Dan untuk saiz 5KG ini jenama hitachi ini memang banyak dikeluarkan dipasaran negara kita. Oleh itu untuk spare part dalaman masih mudah didapati di Negara kita.

Apa yang perlu anda lakukan adalah memastikan kebersihan pada bahagian penyambungan antara mata pahat dan mesin ini sendiri. Bebas dari kotoran atau pasir yang melekat selepas mengunakanya. Kebersihan pada bahagian penyambungan mata ini penting ,takut – takut jika anda memasukan mata tanpa memeriksa kebersihan nya , Dikhuatiri selepas anda mengunakanya anda tidak mampu menangalkan mata dari mesin disebabkan kotoranya sudah menjadikan muncung mesin menjadi sempit.

Dan bagi memastikan kekuatan hentakan mesin ini mencapai tahap maksima , Minyak greese perlu diisi jika sudah berkurangan. Perlu diingat greese yang diguna hanyalah untuk demolition hammer bukan nya sebarangan greese.

Semoga perkongsian Hitachi Demolition Hammer ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

Greese untuk kegunaan mesin pemecah batu

Selain itu demolition hammer juga perlu dibersihkan bagi tujuan penyimpanan selepas digunakan .

Okeh disini saya sertakan laman web bagi tujuan survey harga dan fungsinya. Hitachi Demolition HammerSurvey dari Sini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge