Panduan Membeli Generator Pasar Malam

Panduan Membeli Generator murah. Perlukan nak beli generator, dekat mana nak beli generator murah?

Sebelum anda membuka perniagaan jalanan pasti anda sudah berkira masa untuk menjalankan perniagaan anda. Bermula pada waktu pagi atau bermula pada waktu petang hingga ke malam.

Jika pada waktu siang anda pasti sudah  mengetahui  adakah perniagaan anda memerlukan alat yang memerlukan sumber tenaga atau sumber elektrik. Sebagai contoh jika anda menjual alatan elektrik atau lampu sudah semestinya anda akan cuba menghidupkan nya,  biasalah pelangan pasti mahu menguji alatan yang anda jual itu berfungsi atau tidak.

Jika perniagaan jalanan anda bermula pada waktu malam , pasti anda sudah mengetahui bahawasanya anda  perlu bekalan kuasa elektrik bagi menyalakan lampu. Dan selepas itu barulah anda boleh bercadang untuk mengunkan bekalan elektrik daripada generator untuk alatan yang lain.

Tetapi perlu diingat anda harus memberi keutamaan kepada alat – alat yang membantu anda menjalankan  perniaganan, barulah anda memikirkan  alat tambah untuk memeriahkan gerai anda. Biasanya lampu led yang berjalan ,tv, spotlight dan sebagainya.

Bagaimana kita perlu ketahui generator kita cukup untuk perniagaan jalanan kita?

Baiklah saya akan mengajar anda bagaimana anda boleh mengira beban dengan mudah .

Contoh anda membeli generator berkuasa output 1000watt , cuba gunakan beban yang tidak melebihi 1000watt, lebih elok anda gunakan maksimum beban 900watt sahaja.

Panduan Membeli Generator murah pengiraan load –

  • Mentol Lampu Safe Energy 18watt x 6unit = 108watt
  • Oh lupa jika anda mengunakan lampu kalimatan 36watt x 6unit = 216watt
  • Jika mengunkan Blender cari yang hanya berkapasiti 500watt (khusus untuk perniagaan air)
  • Beli radio yang berwatt kecil , munkin 100watt untuk hiburan pekerja atau tidak perlu sama sekali saya rasa mereka lebih sugka media sosial khususnya FB,whasapp,instagram dan lain – lain . Kiranya anda sudah jimat lagi 100watt.
  • Munkin anda boleh membeli lampu LED yang berjalan ,saya agak 100watt sudah mencukupi.
  • Dan jika anda membuka gerai makan , anda boleh lah memasang tv, pastikan ia tidak melangkaui beban watt generator selepas kita mencampurkan beban lampu dan alatan lain, jika tidak generator tidak akan berfungsi. Dan lebih dahsyat lagi dikhuatiri generator anda akan masuk kepusat baik pulih. (sudah tentu anda tidak mahu jadi bergitu bukan?)
Panduan Membeli Generator Pasar Malam

Gambar generator yang saya ambil dari google – Yang saya baru beli adalah seperti dibawah ini

generator pasar malam boss coffee

Tak keluar dari kotak lagi.

Oh ya sebelum anda membeli generator, cuba pilih generat or yang berfungsi tanpa mengunakan campuran 2t (2lejang). Pilih enjin yang mengunakan fungsi 4 lejang.

Masalah utama 2 lejang , spark plug mudah basah ,  kemunkinan untuk menghidupkan enjin generator ada sedikit susah, anda perlu buka plug bersihkan lembabpan , pasang plug kembali baru enjin generator mudah dihidupkan. Perkara bergini sering berlaku apabila campuran 2t tidak mengikut sukatan. (saya harap anda bertanya kepada wakil pengedar atau membaca manual pengunaan generator).

Dari saya , Nak beli generator kena banyak survey kedai,cari tempat yang menawakan harga yang terbaik bersama jaminan . lagi best kalau mereka boleh memberi pendapat baru lah anda akan rasa berbaloi. . Salah satu tempat nak survey boleh —->Halaman Generator Satu Malaysia

Survey dari Sini SEKARANG!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge