Panduan membeli Pakaian Seragam Unit Beruniform

Fuh sekali anak – anak meminta uniform lengkap pengakap laut dan PBSM mahu pengsan ayahnya nak cari. Lagi kalau esok nak pakai hari ini baru nak oder. Mana tak pening kepala bapak nya.

Tapi takpe setakat dekat kawasan Parlimen Pasir Gudang senang jer, Pergi Kip MArt cari kedai Butik Muslim (agak namanya), berdekatan dengan orang jual kereta semuanya ada selagi masih ada stock. Tapi kalau takde kena juga lah cari dekat kawasan Bukit Dahlia memang ada satu kedai yang seratus peratus jual uniform.

Parang rewang masuk hutan pun mereka ada jual. Cuma nya lah oleh kerana dekat Kip Mart takde stock, saya terus sahaja ke kawasn bukit Dahlia. memang cukup lengkap. Rasanya macam perniagaan orang Melayu. Buktinya mata kasar saya pekerjanya Melayu macam saya hihi.

Saya tanpa banyak bicara terus memesan uniform pengakap laut dan PBSM lengkap. Hanya wiesel dan pisau lipat jer yang saya tak beli. Nak tahu Harganya?
Untuk seorang sahaja sudah menjangkau seratus lebih. Kalau kali dua mahu tak jejak hingga dua, tiga ratus. Kalau harga seperti ini jangan lah malu nak minta diskaun, dapat kurang lima ringgit pun dah ok. Tapi kalau tak dapat kurang redho je lah.

Zaman saya pakai T.Shirt sahaja sudah memadai, Tak perlu sangat nak pakai uniform yang lengkap. Maklumlah zaman dulu takde lah sangat nak pergi camping – camping. Jadi prebet sepanjang hayat persekolahan.

Haya dalam benak hati saya bagai mana pula dengan Ibu Bapa yang punyai anak ramai dan tidak berkemapuan untuk membeli set uniform yang lengkap. Bukan kah ini satu beban, Walaupun sekolah ada memberi kelongaran kepada murid atau pelajar yang tidak ada uniform lengkap , boleh sahaja memakai uniform sekolah. Tetapi sampai bila, Pasti mereka mahu juga sama seperti rkan – rakan sebaya mereka.

Apa yang boleh kita lakukan demi menjaga kewangan keluarga. Kita harus mengunakan kaedah warisan. Seperti saya Uniform abang boleh di wariskan kepada adik atau anak saudara yang memerlukanya.

Oh ya anda mahu survey – survey Harga Pakaian Seragam Unit Beruniform secara online supaya dapat mengira budget yang diperlukan… SURVEY UNIFORM

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

4 Comments

  1. Seri Kandi Tanah Jauhar January 30, 2019
  2. Sis Lin January 30, 2019

Leave a Reply

CommentLuv badge