Panduan Memenangi Tender Kerajaan

Bagaimana Untuk Memulakan Urusniaga Dengan Pihak Kerajaan?

Semua orang pasti punyai fikirkan, untuk memenangi atau menyertai e- perolehan atau tender kerajaan mestilah punyai kabel dari dalam.

Jika tidak ada tak payah lah nak susah – susah pergi membida tender tersebut. Tangapan ini adalah sama sekali SALAH danTIDAK BENAR.

Pada saya kata – kata seberginilah yang melemahkan semangat anak bangsa kita untuk terus maju dan cemerlang dalam dunia kontraktor atau usahawan.

Ayat – ayat yang biasa keluar dari mulut individu yang gagal kali pertama tetapi tidak mahu belajar dari kegagalan nya itu.

Untuk menjadi kontraktor yang berjaya kita mestilah berangapan ilmu yang ada masih sedikit. Kita sentiasa perlu sentiasa belajar dan menimba ilmu dimana sahaja.

Justeru itu ,walaupun saya juga sudah lama berada dalam aliran kontraktor elektrik, saya juga masih lagi belajar bagai mana saya boleh mengaut keuntungan yang lebih banyak dari sekarang.

Disini dengan rasa senang hatinya saya ingin berkongsi tentang sebuah ebook yang mampu memberi inspirasi dan panduan untuk memenagi eperolehan /tender kerajaan.

Rujukan Daripada Orang Kerajaan Karangan Khairul Nizam Bakar, seorang kakitangan awam sepenuh-masa dan internet marketer separuh-masa.

Telah berkhidmat selama hampir 10 tahun di beberapa jabatan dan berpengalaman luas dalam menguruskan, mengendali dan menilai perolehan kerajaan.

Sepanjang 10 tahun, beliau terlibat dalam lebih 200 perolehan kerajaan sama ada secara panjar wang runcit, pembelian terus, kontrak pusat, sebut harga dan tender.bernilai lebihi RM 500 juta.

Dengan beratus-ratus dokumen cadangan teknikal dan kewangan dari penyebutharga/penender selama 10 tahun ini. Maka itu Beliau mengetahuit Kesalahan Yang Biasa dilakukan Penender antaranya-

  • Tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan
  • Melanggar syarat perolehan kerajaan
  • Tidak memenuhi syarat bidang
  • Tidak mempunyai kewangan yang kukuh
  • Cuai dalam menyediakan dokumen cadangan teknikal atau kewangan

Oleh sebab yang demikian beliau ingin membantu para usahawan dengan menghasilkan sebuah ebook yang merangkumi DUA PULUH DUA bab , daripada bagai mana hendak memulakan perniagaan, hingalah Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah. Panduan ini sangat sesuai untuk-

  • Mereka yang ingin membuka perniagaan – Rancangan Perniagaan disediakan
  • Mereka yang sedang berniaga dan ingin memasuki perolehan kerajaan
  • Mereka yang sering GAGAL dalam dalam sebutharga dan tender kerajaan
  • Mereka yang ingin belajar selok belok ePerolehan dan eBidding
  • Usahawan yang ingin menambah pengetahuan dalam perolehan kerajaan

bajet2014

Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan

Kelebihan dan Keutamaan Syarikat Bumiputera

Syarikat Bumiputera mempunyai nilai peratus keutamaan untuk memenangi perolehan kerajaan. Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing dikalangan kontraktor Bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera. Dari segi definisi sebuah syarikat diiktiraf sebagai sebuah syarikat Bumiputera jika memenuhi kreteria seperti berikut:

1. Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dimana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah melebihi saham individu bukan Bumiputera

2. Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh Bumiputera

3. Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera

4. Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri dari Bumiputera

5. Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera

6. Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera.

Pemberian taraf Bumiputera dan pengeluaran sijil kepada sesebuah syarikat yang layak bagi bidang bekalan dan perkhidmatan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan sahaja dan bidang kerja akan dibuat oleh PKK sahaja.

Bagi perolehan yang melebihi RM 100,000, Jabatan atau Agensi kerajaan dikehendaki memberi keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan mengikut peratusan yang telah ditetapkan seperti di bawah:

Nilai Perolehan Peratusan Keutamaan

  • Melebihi RM 100,000 hingga RM 500,000 sebanyak 10 peratus
  • Melebihi RM 500,000 hingga RM 1.5 juta sebanyak 7 peratus
  • Melebihi RM 1.5 juta hingga RM 5 juta sebanyak 5 peratus
  • Melebihi RM 5 juta hingga RM 10 juta sebanyak 3 peratus
  • Melebihi RM 10 juta hingga RM 15 juta sebanyak 2.5 peratus

Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari syarikat Bukan Bumiputera.

Contohnya tawaran terendah yang diterima oleh syarikat Bukan Bumiputera dalan sebuah tender adalah RM 10 juta. Maka peratus keutamaan adalah 5 peratus.

Kiraannya adalah RM 10 juta X 5 peratus = RM 500,000

Jika satu syarikat Bumiputera memasuki tender tersebut dengan RM 10.5 juta, syarikat tersebut layak diberi keutamaan untuk memenangi tender tersebut dgn syarat melepasi keperluan teknikal. Walaupun terdapat syarikat bukan bumiputera yang menawarkan harga lebih rendah dari nilai tersebut.

Untuk lebih makulmat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi perolehan kerajaan.Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjadi Usahawan Berjaya menjadi kenyataan.

Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

11 Comments

  1. Abdur May 4, 2014
  2. titan
    Twitter:
    May 4, 2014
  3. suri May 4, 2014
  4. zik May 4, 2014
  5. Tehr
    Twitter:
    May 5, 2014
  6. Hafizul
    Twitter:
    May 6, 2014
  7. Hero Borneo May 10, 2014
  8. Nini
    Twitter:
    September 18, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge