Panduan mengatasi Airlock pada saluran Paip Tangki

1
1287

Kenapa tangki air yang membekalkan air kepada bilik air, Apabila air dalam tangki tersebut habis, kemudian apabila tangki air diisi penuh, semua paip air dan shower tidak mengeluarkan air ?

Masalah seperti ini adalah disebabkan oleh fenomena ‘airlock’. Ia biasa berlaku dalam saluran paip yang disambung selepas tangki air bersaiz kecil. Oleh kerana angin lebih ringan daripada air, angin akan cuba naik ke atas, tetapi dihalang oleh air yang terdapat dalam salur paip tersebut. Tetapi tekanan air daripada tangki tidak cukup untuk menolak angin itu keluar daripada salur paip, maka fenomena ‘airlock’ pun berlaku.

Masalah ini apabila berlaku, buka kepala stopcock, keluarkan angin yang terdapat dalam salur paip kemudian barulah paip pada bilik air mengeluarkan air.

BACA  JUGA : – DUA CARA UNTUK MENGATASI TEKANAN AIR PAIP RENDAH

Tetapi jika anda sudah penat untuk membuka kepala stopcock tersebut setiap kali masalah ini berlaku.

Cadangan untuk mengatasi airlock

Kebiasaannya, pada salur paip selepas tangki, tukang paip akan membuat satu paip menegak ke atas. Paip menegak itu dipasang lebih tinggi dari tangki, dipasang sebaik sahaja selepas keluar tangki dan hujung salur paip tersebut dibiarkan terbuka. Tujuan paip ini adalah untuk membuang angin yang terdapat dalam salur paip tersebut dan seterusnya mencegah berlakunya ‘airlock’.

Boleh survey barangan DIY dari sini KLIK MR.DIY

Namun bergitu saya cadangkan anda membuat sistem paip air mengikut langkah yang saya tunjukan pada Artikel Dua cara mengatasi tekanan paip air rendah.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here