Panduan Menjana Pendapatan Dengan Bun Dan Roti

Sering kali kita membeli bun dan roti di kedai-kedai bakery yang berdekatan. Namun pernahkah anda terfikir mengenai keuntungan yang diraih oleh peniaga-peniaga berkenaan?

Bagi peniaga yang mempunyai kedai bun dan roti yang besar sememangnya mereka sering mendapat pulangan yang lumayan. Tetapi bagaimana pula bagi peniaga-peniaga kecil seperti mereka yang menjual bun dan roti di kedai-kedai kecil, di kantin-kantin malah ada juga yang hanya menjualnya dia hadapan rumah mereka.

Panduan Menjana Pendapatan Dengan Bun Dan Roti

Pada hakikatnya keuntungan yang diperolehi tidaklah jauh berbeza. Apa yang membezakannya hanyalah kuantiti produk yang dihasilkan serta jumlah produk bun dan rotinya yang mampu dijual pada setiap hari.

Seperti Contoh, Sebiji bun bersaiz besar yang biasanya dijual dalam RM1.50 di pasaraya hanya berkoskan tidak sampai RM0.40 sahaja. Keuntungan daripada jualan hampir tiga kali ganda dari kosnya. Bukankah ianya satu keuntungan yang besar.

Jika kita lihat, ramai dikalangan masyarakat yang mempunyai masa kerjanya yang padat serta tidak mempunyai masa rehat yang panjang seperti pekerja-pekerja kilang dan sebagainya, mereka akan memilih roti untuk makanan ketika rehatnya. Ini kerana roti adalah satu makanan yang mudah dimakan dan mengenyangkan tambahan rasanya yang enak. Kanak-kanak juga turut menyukai roti dan bun terutama bun yang mempunyai perisa yang manis. Kebanyakan kanak-kanak di sekolah akan memilih untuk membeli roti daripada makanan-makanan ringan yang lain. Ini juga satu langkah yang baik, kerana roti mempunyai lebih banyak khasiatnya berbanding makanan ringan yang lain.

Walaubagaimanapun, ramai yang mengatakan bahawa, untuk menghasilkan bun dan roti yang lazat seperti di kedai-kedai bukanlah suatu perkara yang mudah. Ramai yang telah mencuba menghasilkannya namun tidaklah setanding produk bun yang dijual di kedai-kedai.

Pada hakikatnya itu adalah satu permulaan yang baik dimana anda telah mula mencuba untuk menghasilkan produk anda sendiri. Apa yang anda perlu lakukan adalah mencuba lagi dengan mencari seberapa banyak resepi yang ada di internet serta melakukan beberapa ujikaji dalam mencari kesempurnaan didalam bun yang hendak anda hasilkan.

Jadikan kenalan-kenalan rapat anda serta keluarga anda sendiri dalam mencuba bun anda tersebut. Dari situ anda akan dapat memilih satu produk bun yang berkualiti tinggi serta mampu dipasarkan.

Untuk permulaan perniagaan anda, letakkanlah dahulu produk bun anda di kedai-kedai berhampiran seperti kedai makan, warung, kantin, pasar malam, kedai runcit dan banyak lagi. Malah anda boleh menjual di depan rumah anda sendiri.

Cuba anda layari laman web ini: www.rahsiabun.com

Pelajari aneka bun dan pizza,roti dan pau
Dimana pada laman web ini Terdapat satu panduan serta resepi didalam membuat roti dan bun berdasarkan Video Ebook yang Terdapat pada laman web tersebut. Dengan adanya video dan panduan ini, ia akan memudahkan lagi anda untuk menghasilkan bun yang mampu dipasarkan.

Semoga dengan pengisian ini dapat membantu anda dalam memulakan perniagaan bun dan roti anda sendiri.

www.rahsiabun.com

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

2 Comments

  1. saps ibubapa December 30, 2015
  2. titan
    Twitter:
    January 2, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: