Panduan sebut harga pendawaian elektrik terkini

0
207

Orang kata kalau nak buat rumah baru atau extend rumah kena masuk sekali harga pendawaian elektrik.

Kalau tidak rasa budget kita dah banyak tapi kenapa nak kena tambah lagi.

jadi sebelum rasa itu terjadi kepada diri anda., ada baik anda lihat harga dibawah ini.

Harga tidak semestinya tepat, ia bergantung budi bicara, kedudukan rumah, harga barang. Dan yang paling penting kadar senyuman dan betapa humblenya korang berurusan dengan bakal kontraktor yang akan melakukan kerja – kerja pendawaian tersebut.

Sebut Harga Pendawaian Elektrik (Wiring) Untuk 2019

Pendawaian – Permukaan (surface) menggunakan PVC atau uPVC conduit

  • Point lampu : RM70
  • Point kipas termasuk hook : RM80
  • Point soket : RM90
  • Point aircond/heater termasuk Double Pole : RM130~RM170

Pendawaian Dalam Dinding (conceal)

  • Point lampu/kipas : RM90
  • Point soket : RM110
  • Point aircond/heater termasuk Double Pole : RM160~RM200

Harga pendawaian Autogate (Guna Armoured Cable-Pendawaian Bawah Tanah)

  • RM500~RM1300 (Bergantung Panjang Armoured Cable)

Harga Pendawaian Autogate (Surface Wiring) Pendawaian Permukaan Menggunakan PVC Conduit

  • RM400~RM550 (Bergantung pada panjang)

Network CAT6 cabling 1 Point : RM160

Point Astro/CCTV RG5 : RM130
Buka Astro : RM40
Pasang Astro + Setting Piring : RM80

Pemasangan Pembumian (Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak rod

  • RM160/Lot~RM300/Lot

Pemasangan DB (Switch Board)

  • Single phase 8way hingga 20way termasuk barang RM200~RM450
  • Single phase atas 20way termasuk barang RM400~RM600
  • Three phase untuk rumah termasuk barang RM800~RM1300
    **Untuk metalclad DB tambah RM400

JOM SURVEY HARGA LAMPU LED TERBAIK UNTUK KEDIAMAN ANDA

UPAH PASANG SAHAJA (untuk rumah kediaman)

  • Lampu Pendaflour : RM25
  • Lampu Downlight termasuk tebuk : RM35
  • Lampu Hiasan Dinding : RM35
  • Lampu Gantung Biasa : RM35
  • Lampu Gantung Besar (cendeliar) :RM100~RM300
  • Kipas 3Bilah Biasa : RM35
  • Kipas Hiasan (4Bilah keatas) : RM50
  • Kipas Dinding Biasa RM35
  • Kipas Dinding Industry : RM50
  • Water Heater : RM80

Diharap dengan perkongsian ini anda dapat memudahkan perkiraan budget anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here