Panduan & Tips Perlaksanaan Haji & Umrah

Assalamualaikum. Panduan Tips Perlaksanaan Umrah

Hari ini 20 Ramadan.Maknanya malam nanti akan masuklah ke malam 21 bermulanya waktu untuk kita sama – sama mencari Lailatul Qadar.

Tapi hari ini saya bukan ingin bercerita tentang 10 malam yang terakhir tetapi saya ingin bercerita tentang persedian atau pun Panduan Haji dan Umrah yang akan mendatang ini.

Sebelum itu saya ingin mengucapkan Taniah bagi mereka yang telah mendapat surat tawaran untuk menjadi tetamu Allah di bumi yang penuh berkat semoga mendapat Haji yang mabrur,Tiada Ganjaran selain syurga.

Saya yakin para jemaah rata – rata telah menghabiskan sisi kursus minguan dan juga peringkat daerah dan insha Allah dipenghujung syawal nanti kursus perdana akan diadakan diseluruh negeri dengan mengulang kaji apa yang telah disampaikan oleh ustaz – ustaz yang telah dipetangung jawabkan untuk membimbing anda.

Jadi sebagai bahan sampingan anda juga digalakan dengan membeli buku – buku yang berkaitan dengan segala permasalahan dan jumlah dam yang perlu dibayar jika melangar pantang larang atau melangar rukun semasa melaksanakan ibadah haji ini.

Sebagai contoh jika kita melaksanakan tawaf sunat setibanya pusingan ketujuh kita mendapat peluang untuk memegang kabaah apakah patut kita lakukan?
a- Tambah satu pusingan
b- Menyelesaikan Tanpa menambah satu pusingan.
Ya kadang kala kita yang sudah diberi tunjuk ajar pun boleh terlupa dengan syarat sah tawaf jadinya Ringan mulut untuk bertanya kepada ustaz memang digalakan disamping kerap menelaah kitab atau Panduan & Tips Perlaksanaan Haji & Umrah.

Situasi diatas pernah berlaku dimana setelah saya bertanya kepada ustaz dimana saya sendiri terlupa apa yang diajarkan terpaksalah esok menambah lagi pusingan yang telah terbatal, mujurlah hanya tawaf sunat jika berihram mungkin juga terpaksa mengulangi saei disebabkan tidak lagi menghabiskan tawaf.

Sekarang dengan kemudahan teknologi terkini dan saya percaya ramai mempunyai telefon pintar atau tablet yang membolehkan diisi dengan ebook panduan haji dan umrah mengapa pula kita tidak menefaatkan teknologi terkini.

Dan menurut pengetahuan Di dalam ebook ini, anda akan mempelajari dan mengetahui panduan serta tip-tip berkaitan ibadah Haji & Umrah. Sekiranya anda :
Mencari maklumat dan informasi mengenai Haji & Umrah melalui majalah, suratkhabar, ceramah-ceramah dan lain-lain dengan cara yang menjimatkan masa dan tenaga anda

Membuat persediaan dengan mengkaji dan menyelami kisah-kisah perjalanan menunaikan Haji & Umrah daripada jemaah-jemaah terdahulu

Mencari kaedah dan penyelesaian tentang masalah-masalah yang sering anda fikirkan ketika mengerjakan ibadah Haji & Umrah

Bersesak-sesak di jalan raya untuk pergi menghadiri ceramah dan kursus Haji & Umrah

Mencari formula terbaik untuk dijadikan asas dan matlamat menunaikan Haji & Umrah serta persediaan mental yang kuat

Merancang serta berkeinginan untuk melaksanakan ibadah Haji & Umrah untuk menjamin keberkatan hidup anda di kemudian hari

dan banyak lagi panduan serta tip-tip motivasi dan pengetahuan Bahasa Arab yang membantu anda dalam perjalanan menunaikan ibadah Haji & Umrah.

Senarai Kelengkapan Haji

Baca juga – Doa Ringkas Tawaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge