Panduan untuk membeli Jigsaw bagi kontraktor baru

0
300

Okeh dalam banyak – banyak power tools Jigsaw adalah salah satu alat yang perlu anda fikirkan untuk memilikinya.

Ini kerana apabila anda mahu membuat kerja – kerja pertukangan, Khususnya modifikasi ruangan yang perlu anda tebuk untuk penambahan aksesori.

Contoh yang saya boleh ambil ialah , anda adalah seorang kontraktor bumi putra yang dapat tender untuk menambah meter pada pintu panel board.

Oleh kerana ia hanyalah sekadar tambahan meter ,dan anda perlu siapkan secepat munkin, anda pasti akan memerlukan Set Jigsaw untuk memotong lubang tersebut tanpa perlu dibuka pintu tersebut.

Opsyen yang boleh anda lakukan ialah anda tebuk 2 atau 4 lubang. Lubang itu haruslah berdiameter lebih kurang 12mm supaya mata jigsaw boleh memasuki lubang tersebut dan seterusnya kerja – kerja pemotongan dapat dibuat.

Oh ya untuk tidak melukan benda kerja , saya cadangkan supaya tempat untuk memotong itu haruslah ditampal paper tape supaya benda kerja tidak rosak.

Untuk pemilihan Jig Saw yang bagus anda haruslah mendapatkan maklumat dan penerangan yang baik sebelum anda setuju untuk membelinya .

Lagipun untuk Jigsaw yang baik , anda harus tahu jigsaw tersebut pasti punyai alat ganti supaya pada masa hadapan apabila berlaku kerosakan kecil anda mampu membaik pulih. Syaratnya jigsaw yang anda miliki sudah habis tempoh jaminan nya.

Antara Jigsaw yang saya gunakan ada dua jenama.
Satunya makita dan satu lagi jenama Bosch.

Walaupun harga untuk JIGSAW Bosch ini agak mahal.Tetapi dari segi ketahananya ia amat memuaskan.

Bosch GST 80 PBE

Bosch GST 80 PBE

Ini adalah model yang paling popular dikalangan kontraktor.

Mata gergaji terdiri kepada

Pemotong Kepingan Besi – T118A
Pemotong Kepingan papan – T111C

T118A

Dan ia didatangkan dengan screw diver flat untuk membuka mata pemotong.

Untuk maklumat lanjut dan untuk survey Harga sebenar anda boleh layari : _ Halaman Jualan BOSCH JIGSAW

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here