Panduan untuk menguruskan rumah sewa anda

0
214

Menguruskan rumah sewa yang agak jauh dari tempat tinggal pastinya agak leceh, pertamanya pemantau keadaan rumah akan hanya tiba jika dengan tidak sengaja kita pergi ke kawasan tersebut. Dua tahun yang lepas aku aku empat empat beradik bersetuju untuk membina empat unit rumah kos rendah di atas tanah pusaka peningalan arwah atuk. Dengan masing – masing bersetuju mengeluarkan sejumlah wang dan melantik salah seorang saudara kami yang kebetulan seorang kontraktor maka siap jugalah rumah tersebut.

Panduan untuk menguruskan rumah sewa anda

Sejujurnya kami sekeluarga sepakat untuk membina rumah tersebut dengan memandangkan kedudukan tanah arwah atuk kami bersebelahan taman perindustrian dan terdorong dengan pakcik dan makcik kami yang telah lebih dahulu menyewakan kepada pihak industri sebagai asrama pekerja. Setelah selesai rumah kami orang tua telah membuat undian terhadap kami berempat bagi menentukan kedudukan rumah tersebut. yes saya mendapat rumah paling hujung ada tanah sikit beb, cumanya jangan terlalu gembira kerna tujuan utama adalah untuk disewakan.Langsung tiada perancangan untuk duduk disitu. Pada awal pembinaan pihak industri seperti telah sudi untuk menyewakan keseluruhan rumah tersebut tetapi agak malang apabila tiba masanya meraka hanya bersetuju menyewa tiga buah sahaja. Cis aku punya paling tak dapat la gamaknya, Namun bergitu rezeki untuk rumah itu tetap ada sebuah keluarga telah bersetuju untuk menyewa dapat lah jua pulangan seperti yang diharapkan. Namun disangka panas berpanjangan meraka telah membuat keputusan untuk keluar rasanya tidak tahan dikelilingi warga asing. Selepas keluarga itu keluar ada juga orang tempatan yang mula masuk tetapi mak oi liatnya hendak membayar sewa nasiblah time itu aku belum lagi memiliki jangan baca buku ini jika tidak mahu sahaja aku copy paste SMS abang ensem sebagai cara mengutip sewa. Mungkin orang itu tidak tahan dengan kata-kata pakcik yang aku amanahkan untuk menjaga rumah itu, pada malam hari mereka telah keluar dengan jayanya meninggalkan piring astro beyond di genting. (tuan rumah pun takde astro huh).

Alhamdulilah berberapa minggu selepas itu ada warga asing yang berkerja dikawasan industri berhampiran bersetuju untuk menyewa, dengan itu dengan pantasnya aku pergi kerumah itu yang jarak dari jay bee kesana mengambil masa dua jam lebih bagi melakukan touchup cat dinding atau apa – apa kerosakan yang ada.

HOT OFFER

IKLAN: Rahsia rumah lelong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here