Pekara yang boleh anda lakukan untuk menyejukan bilik tidur anda.

Didalam memikirkan bagaimana untuk anda mendekorasi ruangan kediaman atau khususnya bilik tidur supaya menampakan kenyamanan dan keselesaan.

Kita juga perlu memikirkan tentang alatan elektrik yang boleh membantu menyejukan suasana dan mengawal keadaan suhu supaya kita akan berasa selesa untuk melakukan aktiviti peribadi kita sendiri.

Cuaca di Negaa kita sudah sememangnya sudah tidak boleh dijangka. Ada masanya panas Terik dan ada masanya ia akan hujan sepanjang hari. Bergantung kepada keadaan , Walaupun panas di pagi hari tidak mustahil petang akan berlaku hujan lebat.

Pengetahuan AM rasa bahang

Kenapa rasa Bahang sewaktu hendak Hujan Pernahkah kita merasa rimas atau pun rasa bahang saat hujan akan turun ?

Bagaimana hal ini boleh terjadi? sedangkan matahari sudah berada posisi dibelakang awan. Dan sudah semestinya ia sudah tertutup oleh awan mendung. Singkatnya, rasa bahang disaat hujan akan turun.

Ini terjadi karena adanya pengembangan adiabatik di mana uap air bergerak lebih cepat ke atmosfera. pengembangan adiabatik merupakan fenomena fizik yang melukiskan pergerakan masa udara secara vertikal. Hal ini terjadi karena suhu massa udara di permukaan lebih panas dari lingkungannya.

Karena lebih panas maka masa jenisnya menjadi lebih ringan sehingga akan bergerak naik. Udara panas membawa lebih banyak wap air dibanding udara yang dingin. Dengan itu, Sewaktu udara panas atau mendung paras volumenya semangkin naik, maka secara bersamaan udara dingin akan bersatu. Di saat semuanya bergabung, mendung akan melepaskan panasnya. Dan panas itu yang kita rasakan sebelum hujan.

Saat semua panas itu terlepas, pasti kita merasa udara mulai dingin, dan saat itu lah hujan akan turun. Karena pada dasarnya hujan merupakan uap air yang mengembun. Selain pelepasan panas dari mendung, rasa rimas,bahang ataupun panas sebelum hujan juga disebabkan oleh peningkatan kelembapan yang tinggi.

Diwaktu itu jugalah, sebelum hujan uap air akan memenuhi udara di sekitar kita.

Waktu dekat hujan itu jugalah suasana tidaK selesa akan berlaku.

Dan untuk mengatasi rasa bahang didalam bilik tidur, kita akan melakukan berberapa pekara yang biasa dilakukan oleh kebanyakan masyarakat kita.

Memasang kipas Siling adalah salah satu opsyen yang terbaik . Malah untuk rumah – rumah yang baru dibina point untuk memasang kipas siling ini sudah siap sedia di pasang.

Malah untuk memilih jenis kipas siling juga banyak sekali panduan yang berada di laman sesawang.

Anda hanya perlu memilih kipas angin siling mengikut kemampuan anda. Ada yang mahal dan ada yang murah dan kebiasaanya ia bermula dari RM150 keatas untuk pilihan kipas yang boleh menyejukan ruangan bilik anda.

Mungkin ada juga kipas angin dibawah RM150. tetapi kita takut kipas seperti ini tidak dapat mengalirkan udara dengan baik. Anda hanya nampak kipas berputar dengan ligat . Tetapi ia tidak dapat menghasilkan angin yang baik untuk sistem pengudaraan bilik kita.

Oleh itu anda perlu memilih kipas angin yang baik , bagi menjamin pengudaraan yang baik. Rekomandasi saya beli kipas angin siling yang sudah dikenali.

Kipas berapa bilah yang patut kita pilih?

Secara  teorinya saya kurang pasti berpa bilah yang patut anda beli.

Namun bergitu mengikut pengalaman saya kipas angin siling ini. Saya patut membeli kipas angin yang lebih banyak batang bilahnya supaya ia berputar dengan berkeadaan lebih senyap.

Tetapi masih lagi menghasilkan angin yang kuat untuk menyejukan suasana ruangan bilik tidur saya.

Dan sudah semestinya lebih banyak bilah , Ia akan lebih menawan dari sudut pandangan mata kita.

kipas angin siling terbaik - Pekara yang boleh anda lakukan untuk menyejukan bilik tidur anda.

Kenapa saya sudah memasang Kipas Siling yang baik tetapi angin tidak cukup kuat.

Ya ke kadang apabila individu itu sudah punyai kemampuan untuk membeli sebuah rumah yang besar. Sudah pastinya master bedroom pun besar.

Tetapi masalahnya , semasa membeli kipas anda sudah terlupa untuk menyemak calculator kipas angin.

Anda beli ikut sedap hati, ikut sedap mata atau ikut rasa hati tak nak keluar duit lebih banyak lagi.

Maknaya kekurangan ilmu tentang kipas angin.

Rujuk sini untuk – Panduan membeli kipas Siling

Makanya sudah tidak boleh diubah atau sayang untuk membeli kipas angin yang baru . Kita atasi sahaja dengan kipas berdiri.

Kipas berdiri ini boleh dipasang dekat – dekat dengan katil . Supaya apabila kita hendak tidur kita dapat lah merasai kenyamanan susana.

Dan apabila sudah sejuk dengan pantas anda boleh mematikanya.

Namun bergitu kipas berdiri ini biasanya dilengkapi timer tidur supaya ia akan berhenti dengan sendirinya.

Dan dari saya apabila anda sudah menukar kipas angin siling yang lebih baik , kipas berdiri ini anda boleh lah simpan kedalam stor atau dihadiahkan kepada sesiapa yang anda suka.

Tetapi untuk anda yang tidak suka memasang kipas berdiri , anda boleh sahaja memasang kipas dinding (wall fan). Kita boleh pasang mengikut lokasi dinding yang kita sukai , asalkan ia cukup kuat meniup angin kearah kita.

Kelebihan kipas angin dinding ini anda boleh sahaja memilih jenis yang ada remote atau yang lebih murah dengan suis tarik tali.

Anda usah bimbang jika lain kali anda mahu menukar kelain model , Tapak asal kipas dinding ini bersifat universal semua jenis kipas memang ngam. Kecuali jika anda mahu menukar kepada kipas industri 24inchi.
Tetapi sure mustahil bukan.

Pengetahuan Am apabila kipas angin tidak berputar laju

Kadang-kadang kipas siling, kipas meja, kipas dinding atau exhaust fan di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Mengapakah ini berlaku ? Adakah ia boleh dibaiki ?

Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut. Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan.

Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja di rumah adalah sekitar 2uF. Kapasitor yang berkualiti rendah biasanya nilai Farad akan berkurangan setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru.

Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai Farad yang sama dengan nilai Farad kapasitor yang asal. Menggunakan kapasitor yang mempunyai nilai Farad yang lebih tinggi akan menyebabkan kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut. Pastikan kapasitor tersebut mempunyai label voltan lebih dari 300VAC.

Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa membuat kerja penggantian kapasitor kipas. Ini adalah untuk keselamatan.

Oh ya ..jangan lupa untuk servis habuk yang telah melekat pada bilah kipas. Ini memang penting supaya motor kipas tidak terbeban. Dan kipas boleh berputar dengan lebih laju lagi.

Pemasangan penghawa dingin.

Sebenarnya sebelum anda memasang penghawa dingin anda patut lebih dahulu lihat atau semak Jadual ataU CALCULATOR pemilihan kipas yang sesuai untuk kediaman anda . Sama juga konsepnya seperti kipas angin siling.

Rujuk dari sini untuk pautan – Panduan memasng penghawa dingin

Dan selepas itu baru lah anda lihat budget anda mencukupi atau tidak untuk pemasangan aircond dibilik tidur anda.

Jujur apabila bilik tidur sudah punyai set penghawa dingin anda akan lebih selesa untuk tidur disebabkan ada pengawal dan penstabilan suhu diruangan bilik. Namun bergitu anda juga patut menilai kos pengunaan elektrik bulanan anda.

Jangan anda rasa tetapi pada penghujung bulan nya anda rasa sakit hati apabila melihat bil elektrik yang anda terima.
Oleh itu kita harus berwaspada dan bersiap sedia bagi tujuan penjimatan.

Sebab itu lah jika anda mahu memasang unit penghawa dingin. Anda ikutilah step – step yang saya tulis diatas tadi.

Jika masih boleh mengunakan kipas, kita guna sahaja kipas siling atau kipas berdiri yang kita ada.

Pemilihan Penghawa Dingin

Pernah tak anda membaca artikel saya tengtang Aircond diopis saya yang tidak sejuk.
Ya, di tempat kerja saya memang ada seorang Senior yang bergitu arif tentang sistem pedinginan ini.

Apabila saya mahu membeli unit penghawa dingin beliau ada menyatakan tentang budget dan juga Besar bilik yang saya mahu memasang nya.

Beliau menasihatkan saya membeli Aircond yang popular, Jika boleh lihat jiran – jiran anda mereka memasang aircond jenama apa.

Tiadak kisah lah jika aircond murah sekali pun , tetapi yang penting mesti popular.

Jika beli secara online sekalipun pastinya anda lihar rivew dahulu baru beli . Nak senang ambil rivew yang paling banyak .

Dan sudah semestinya lihat pada maklumat SAFE ENERGY, berapa bintang yang mereka berikan.

Baca Juga:-

KOS pemasangan penyaman udara

Tetapi jika anda punyai budget yang lebih dan anda tidak kesah untuk keluarkan pelaburan jangka panjang. Anda boleh sahaja memebeli jenama seperti DAIKIN atau yang punyai INVERTER.

Namun bergitu anda harus tahu untuk sistem inverter tidak semua juruteknik penghawa dingin boleh membaikinya apabila punyai masalah teknikal.

Juruteknik yang tepat dan sesuai harus memeriksa nya bagi mengenal pasti punca dan masalah yang dihadapi.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

%d bloggers like this: