Pembumian pepasangan elektrik

Nota asas elektrik

Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan pendawaian elektrik dengan jisim am bumi. Ianya bagi mengadakan laluan mudah dengan galangan atau rintangan yang rendah ke bumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan berkesan, bagi menjamin keselamatan manusia atau pengguna dari bahaya renjatan elektrik apabila terjadi arus bocor ke bumi. Secara amnya, system pepasangan elektrik dibumikan bagi tujuan berikut :-

i. Keselamatan .
ii. Sistem Perlindungan.
iii. Menghadkan Voltan Berlebihan.
iv. Mengadakan Laluan Nyahcas.
v. Keperluan Undang-Undang dan Peraturan.

Pembahagian Pembumian
Pembumian secara amnya dibahagikan kepada dua (2) bahagian, iaitu:

i. Pembumian Sistem
a) Mengasingkan sistem apabila berlaku kerosakan;
b) Menghadkan bezaupaya di antara konduktor yang tidak bertebat disesuatu
kawasan; dan
c) Menghadkan berlakunya voltan berlebihan (over voltage) dalam keadaan yang berbeza.

ii. Pembumian Peralatan
Pembumian peralatan dilakukan untuk perlindungan kepada manusia atau pengguna. Jika suatu punca yang hidup menyentuh badan peralatan, tenaga elektrik akan mengalir ke bumi dan arus tidak akan mengalir melalui badan manusia atau pengguna. Ini disebabkan badan manusia mempunyai rintangan yang lebih tinggi berbanding dengan rintangan ke bumi.

Amaran: Maklumat tentang Elektrik ini dikumpul bagi tujuan rujukan sahaja dan sebarang penggunaan bahan dari blog ini adalah atas risiko pengunjung sepenuhnya.

Baca juga : – Nota Lengkap asas elektrik

One thought on “Pembumian pepasangan elektrik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge