Pemuda kita kalah Dengan Nafsu

Gua sedih terus terang gua cakap. Tengahari ini terbaca disurat khabar tentang gadis sunti telah dinodai oleh berberapa orang, semalam pun cerita yang lebih kurang sama, cuma bezanya tempat kejadian dan umur mangsa. Budak – budak sekarang umur masih hijau pun sudah berani melakukan jenayah yang aku angap berat, mpama undang – undang yang ada tidak cukup untuk memberi rasa gerun terhadap pelakunya.Rasanya bilakah lagi hudud akan dijalankan bagi membendung kes – kes serbegini yang kebanyakan membabitkan jenayah pemerkosaan.

Doa keselamatan diri daripada ganguan

Sumber Doa:http://assalambs.blogspot.com

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini wajarkah Nafsu – nafsu berahi pemuda – pemuda ini dibiarkan tanpa penghalang yang mampu menyekat mereka daripada melakukan sesuka – hati mereka tanpa belas kasihan. Dimana didikan agama yang pernah mereka pelajari? ataupun arus perkembangan sosial telah melampaui sehingga cahaya – cahaya keimanan telah hilang ditutupi oleh keserakahan yang mengelapkan hati mereka. Apakah sebenarnya jawapan untuk kita membendung gejala – gejala tidak bermoral ini, Perlukah kita menurunkan syarat umur untuk lelaki dan wanita untuk berkahwin dalam usia yang lebih muda jika mereka benar – benar tidak mampu menahan gelodak hawa nafsu atau minta janganlah penjaga meminta wang hantaran yang tinggi untuk anak – anak bersatu.

Dekat sinilah rasanya pendekatan golong remaja harus didekati oleh golongan dewasa dengan mengadakan program – program kerohanian yang diselang – seli dengan aktiviti keduniaan, ajar mereka buat nasi bryani ke , buat aktiviti memasak bubur ke apa – apa yang difikr patut.

Golongan remaja ini sebenarnya pemalu untuk bergaul dengan orang dewasa atau oldtimer apa kata yang berumur mengenepikan ego untuk memulakan persahabatan dengan secara selamba ikut duduk – duduk,lepak – lepak barulah masuk jarum untuk mempelawa segala aktiviti Mesjid atau kemasyarakatan barulah mereka rasa lebih seronok melakukan aktiviti yang berfaedah. Jika ada diantaranya yang mula merokok jangan ditegur terus, rilex guna pendekatan “anak dara lebai tak suka jejaka perokok” atau “lambat lagilah kau nak pegang stereng” bagi menyentapkan perasaan mereka. Jadi aku rasa usaha untuk membenteras jenayah yang tidak bermoral ini boleh juga dapat dikurangkan jika yang tua,muda,Ustaz bukan ustaz seluruh kominiti bersama memupuk silaturohim sesama kita.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

9 Comments

  1. Obsolete Coin July 23, 2013
  2. anif
    Twitter:
    July 23, 2013
  3. Irwan Alessa
    Twitter:
    July 24, 2013
  4. Hafizul
    Twitter:
    July 24, 2013
  5. Mohd Shubhi
    Twitter:
    July 24, 2013
  6. zool
    Twitter:
    July 24, 2013
  7. titan
    Twitter:
    July 24, 2013
  8. TehR
    Twitter:
    July 25, 2013
  9. kakiblog July 25, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge