PENDAWAIAN ELEKTRIK

Kehendak Perundangan 
Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 – mensyaratkan semua pendawaian, tambahan pendawaian atau pendawaian semula yang hendak dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Elektrik perlu mendapat kelulusan bertulis dari pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan.
Merancang Kerja-Kerja Pendawaian
Sebelum kerja-kerja pendawaian dibuat, pendawai/kontraktor hendaklah merancang dan mengenalpasti kerja-kerja yang hendak dilakukan supaya hasil kerja kemas, teratur dan selamat untuk digunakan. Pendawai/kontraktor perlulah:-
i. membuat lawatan tapak;
ii. mengenal pasti keperluan beban pengguna;
iii. mengira permintaan beban maksimum; dan
iv. mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi.Carta Alir Merancang Pemasangan Pendawaian Bangunan Kediaman
Bekalan Fasa Tunggal Dan Fasa Tiga.

Carta alir merancang pemasangan pendawaian bangunan adalah seperti di rajah 3.1.

Lawatan Tapak 
Lawatan tapak perlu dilakukan bertujuan untuk menentukan:-
i. kelengkapan elektrik yang sesuai digunakan;
ii. permintaan beban maksimum;
iii. bekalan masuk, fasa tunggal atau fasa tiga;
iv. jenis pendawaian; dan
v. susunatur kelengkapan.

Mengenalpasti Keperluan Beban Pengguna 
Melalui pelan lantai bangunan keperluan pemasangan seperti cadangan beban, penempatan kelengkapan elektrik dan rekabentuk pelan pepasangan boleh ditentukan.

Mengira Permintaan Beban Maksimum 
Anggaran permintaan beban maksimum adalah untuk menentukan spesifikasi kelengkapan pendawaian seperti kabel, aksesori dan seterusnya menyediakan pelan pepasangan elektrik. Mengikut MS IEC 60364 Part 1 klausa 311, pengiraan permintaan maksimum bagi setiap litar bertujuan supaya rekabentuk pepasangan yang ekonomi, berdaya harap dan dalam had voltan susut yang dibenarkan. Faktor Kepelbagaian boleh diambil kira. Pengiraan kesemua permintaan arus maksimum setiap litar perlu disediakan dengan lengkap. Butiran ini dapat menunjukkan keperluan arus bagi setiap fasa dalam ampiar dan juga membantu dalam menentukan saiz kabel. Rujuk Jadual Ketiga (Jadual A dan Jadual B), Peraturan 11(2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 untuk menghitung permintaan arus

Mengemukakan Pelan, Lukisan Dan Spesifikasi 
Peraturan 65, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan kelayakan Pendawai mengemukakan pelan adalah seperti berikut:-
i. Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal – Voltan rendah fasa tunggal sehingga 60 ampiar.

ii. Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga – Voltan rendah sehingga 60 ampiar.
Ciri-Ciri Pendawaian Elektrik
Pendawaian elektrik adalah terdiri dari kelengkapan elektrik seperti kabel, papan suis, suis utama, pemutus litar kenit (MCB) atau fius, pemutus litar arus baki (PAB/RCD), mata lampu, mata kuasa, penangkap kilat dan lainlain lekapan elektrik. Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal Contoh 1 seperti Rajah 3.2

Muat Turun Percuma Rahsia Teknologi Penjimatan Elektrik

Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal Contoh 2 seperti Rajah

Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal Contoh 3 seperti Rajah

Pendawaian elektrik pengguna fasa tiga Contoh 1. Seperti Rajah

Pendawaian elektrik pengguna fasa tiga Contoh 2. Seperti Rajah

Contoh-contoh Litar Skematik Pendawaian Lampu
Contoh-contoh Litar Skematik Pendawaian Soket Alir Keluar

Litar Akhir Bagi Soket Alir Keluar 13A 
Jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz konduktor yang digunakan serta luas lantai maksimum yang dibenarkan boleh ditentukan dengan berpandukan jadual di bawah.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

One Response

  1. tehr December 17, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge