Pengalaman bercuti ke Bandung melalui Jakarta – Agenda hari pertama

Pengalaman bercuti ke Bandung melalui Jakarta.

Horey kali kedua saya menjejak kaki ke Paris van java. Memang takde pun persiapan rapi untuk kesana. kebetulan nak cuti sekolah ini ada tiket murah dari Malindo air.

Apa lagi sambar terus, hanya waktu berangkat kesana seawal jam 6 pagi , Oleh itu saya perlu berangkat ke klia seawal jam 5petang bagi tujuan free and easy. tak perlu sangat nak tekan – tekan minyak. target samapai rumah abang long dekat Bangsar pukul 8 atau 9 ok la, pagi nanti pukul 4 boleh terus berdesup dekat KLIA.

Dulu masa pertukaran wang singapura dollar tak serabak sekarng, okeh sahaja lah kita naik dari Changi terus direct ke Bandung. Tapi oleh kerana chater kereta pun macam dah mahal , kita penat sikit jelah.

Sebenarnya saya agak excited nak melihat sendiri bagaimana keadaan nya Jakarta. adakah ia lebih besar dari Kuala Lumpur atau ia sekadar biasa – biasa sahaja.

Pandangan pasar baru dari bilik hotel

Ternyata Jakarta dari pandangan luaran adalah sebuah negara yang pesat membangun, dengan bangunan – bangunan pencakar langit yang mempunyai pelbagai bentuk dan rupa, ternyata kita agak tertinggal dari segi bentuk dan gaya bangunan yang telah mereka bina. almaklumlah rakyat mereka pun dah ratus juta .

Dengan mengunakan perkhidmatan kereta sewa prabu perjalanan 115km dari Jakarta ke Bandung mengambil masa selama 3 jam, pergh boleh panas bontot kalau kesesakan jalan raya bertambah, ada yang kata boleh jejak 6jam. Padahal kalau dekat Malaysia ia mengambil masa lebih kurang 1jam setengah. kalau yang teror sejam pun boleh.

Jalan sehala tiga lorong pun belum lagi dapat mengatasi kesesakan jalan raya mereka, sebab itu lah mereka dalam pproses pembinaan jalan raya bertingkat dan juga lrt.

Pukul 9 dari Jakarta pukul 12 tengah hari waktu tempatan tiba ke Bandung, oleh kerana kami dikira orang bermusafir, jawabnya solat jamak dekat hotel sahaja lah.

Pernah juga dengar orang – orang lama kata , kalau kita solat dekat 7buah mesjid yang berlainan , kita diangap sudah solat di semua mesjid di negeri itu, kebenaranya waallahualam.

Kami check in di hotel yang agak budget di Pasar Baru square, Sengaja nak duduk dekat sini supaya nanti last day boleh habiskan sisa – sisa rupiah di pasar baru hihi.

Di bandung kami mengunakan perkhidmatan tour guy merangkap pemamndu kereta sewa pesaorangan yang akan membawa kita jalan – jalan ketempat yang kami inginkan.

Oleh itu sisa – sisa hari poertama pejalanan kami pergi lah tempat – tempat shoping yang biasa akan dilawati oleh setiap orang yang pernah pergi ke Bandung.

Antara tempat yang patut untuk kita membeli belah seperti Toko 3 yang ada menjual pelbagai jenis jean dari jenama yang terkenal hingga ke jenama yang kita sendiri pun tidak tahu. Tetapi harga memang sangat berbaloi..

HOT OFFER

Poket Wifi untuk akses internet  luar negara  – SEWA SINI  (Opsyen terkini bagi tujuan perhubungan).

Toko tiga tempat menjual pelbagai jenis jeans dengan harga berpatutan

Antara jeans yang dipamerkan

Untuk pakaian anak – anak saya memilih untuk pergi ke toko Heritage kerana disana pakaian anak – anak boleh dikategori dibawah harga siling, memang dekat KL atau JB tak dapat harga seperti ini.

Blossom factory outlet, khabrnya kemeja murah disini.

Anda juga boleh meminta driver pelancong untuk pergi kekedai membuat minyak wangi, anda pilih baunya mereka akan bancuh didepan mata anda. Wangiannya satu hari anda tak perlu mandi, hahaha.

Dah penat kita cari lah tempat makan yang ada live band seperti diKedai Belacan .

Signboard utama, ramai orang kita makan disini

Live band , khabarnya setiap malam ada.

Selepas perkena gurame terbang boleh lah kita balik tido, dan esok pagi boleh lah kita meneruskan agenda selanjutnya untuk percutian ringkas tetapi padat.

Macam kurang menendang lah, rasanya pasal dia tulis ini gurame terbang.

For sure trip kali ini tengkuban perahu tiada dalam agenda disebabkan kami dah pernah kesana. Trip kali ini kami nak jelajah tempat yang belum pernah pergi.

Nak tahu lebih lanjut perjalanan kami? Tunggulah di post yang akan datang tentang apa yang kami buat di Lembang.

HOT OFFER

IKLAN: Senarai Homestay Murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge