Pengalaman Buat Duit dengan Lazada bergitu menyeronokan

Pengalaman Buat Duit dengan Lazada bergitu menyeronokan

Tahu tak anda pertama sekali saya menghasilkan blog adalah sekadar suka – suka .

Sekadar nak ada blog yang boleh saya bazirkan waktu untuk saya letak apa sahaja yang saya suka pada zaman remaja tetapi saya tidak boleh memiliki atas kekangan kewangan dan memang tiada sumber untuk saya perolehi.

Antarnya ialah komik mahua , ataupun komik hongkong yang saya gemari tapi tak mampu untuk membeli semua siri.

Lagu ya hanana versi Habib Syech Bin Abdul Qodir ke, Cerita mask rider black yang dulu masa kecik tengok tak sampai habis dan lain – lain lah.

Tapi itu dulu lah , Apabila mula terjumpa blog – blog yang berkomuniti. seperti aku buat entri kau buat entri . Lepas tu aku komen kau komen.

Baru lah aku sedar rupanya blog ini memang boleh menghasilkan pendapatan. Tapi dengan syarat kena rajin mencari ilmu dan kental menunggu.

Lagi pun blog – blog lagend  seperti Ahmad Faizal, Ciktom dan lain – lain ( serius aku lupa) Lihat blog mereka pastinya ada terselit entri bukti – bukti pendapatan yang mereka perolehi.

Demm jeles aku rasa, Yang kelakarnya aku cuma ada nuffnang. wal hal banner mereka memang langsung tak menarik. Pasang pun tak guna tak ada target pelawat yang tepat pun nak datang mengklik iklan tersebut , kecuali yang memang sengaja nak derma klik kasih sayang.

Nak dapat pendapatan yang dipangil buffer pun susah.

Dari kesedaran ini mula lah beralih ke macam – macam affiliate. Ada sahaja affiliate yang keluarkan program semua join.

Semua pakat buat artikel untuk menerangkan kebaikan produk affiliate yang kita baru sertai.

Rupanya ini juga satu kesalahan terbesar. Rugi sahaja masa membuat promosi membabi buta , Tanpa halauan dan juga tidak melihat blog kita ini sebenarnya berkategori apa.

Main hantam kromo mana nak jalan. Orang yang hantam kromo dekat Wall FB pun kalau dia kata main bedal je pun sebenarnya mereka juga ada strategi , Cerita topik yang sama tetapi lain kaedah penyampaiannya. Baru boleh ada kumpulan yang suka. Kita kena hasilkan tribe kaedahnya.

Jadi dari situ lah saya berfikir apa sebanarnya yang boleh saya tawarkan pada blog saya , Saya cenderung kepada apa dan program affiliate mana ya boleh get along sama blog – blog saya.

Dan BLINK apabila saya mendapat durian runtuh pertama saya melalui Lazada . saya tak menoleh belakang lagi, Anda boleh search pada blog ini hasil pendapatan pertama saya dengan lazada.
Memang syok dan suka sangat dengan hasil yang banyak.

saya sudah tahu Lazada banyak produk yang saya boleh selitkan dalam cerita saya. Anda tak percaya anda LIhat Sahaja Dari SINI SEKARANG!

Semuanya tinggal kita usahakan. Waklaupun nilai komisen tidak bergitui tinggi sekadar dari 6% – 10% tetapi kalau dah banyak yang terjual anda boleh lah kira sendiri.

Saya pun percaya kedai runcit juga tidak ada produk yang boleh untung sehingga 50% untuk satu produk yang mereka jual.Tetapi dengan kuantiti yang banyak mereka boleh menghasilkan untung yang banyak untuk satu jangka masa .

Pengalaman Buat Duit dengan Lazada bergitu menyeronokan

Kalau hangpa nak tahu Ada juga pembeli dari US

Catatan ini hanya salah satu pandangan saya tentang buat duit dengan lazada. Anda boleh sahaja mendaftar dengan secara percuma. Boleh sahaja baca cara untuk panduan mendapatkan pautan link. Semuanya ada disini anda search sahaja pada buatang carian diatas.

Tetapi kalau nak baca panduan berblog dengan panduan buat duitnya sekali anda kenalah dapatkanya dari sini..

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

18 Comments

  1. kh
    Twitter:
    July 22, 2017
  2. anuar July 22, 2017
  3. Kamil Salleh
    Twitter:
    July 22, 2017
  4. Syakilla Azam July 24, 2017
  5. cik tom July 25, 2017
  6. Fahmi Ishak July 25, 2017
  7. siti hazreen July 30, 2017
  8. sabree hussin August 8, 2017
  9. Naimah Wahab
    Twitter:
    August 8, 2017
  10. Zurainny Ismail August 15, 2017
  11. Nieve August 19, 2017
  12. Rose Face Serum Zeeta August 19, 2017
  13. zarul farhana August 29, 2017
  14. Nurul September 14, 2017
    • onlajer
      Twitter:
      September 15, 2017
  15. Illa September 15, 2017
  16. Asyraf Asri October 4, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

%d bloggers like this: