Pengalaman saya makan di JBorn Cafe & Bistro – Kempas

Petang sabtu , jujurnya saya terlepas untuk menghadirkan diri perjumpaan kali pertama geng JDT Blogger.
Ialah blogger separuh masa yang masih lagi perlu membayar perbelanjaan kena kerja lah dulu.

Walaupun sebenarnya kalau nak di ikutkan program pukul 1petang tu masih sempat dihadiri, tetapi oleh kerana saya berkerja dalam satu team memang agak susah lah nak skip. Lagi kita nak blah dari site lagi banyak pula cengkadak yang mereka berikan kepada kita.
Ada barang tak cukuplah, ada perubahan tempat lah, ada yang lagi menjengkelkan boss kita boleh balik awal ka.
Sabar jelah nama pun kita makan gaji dalam sektor service . Kena layan je lah.

Pasal balik dah lewat , kiranya dah tak sempat untuk program JDT kita buat lah aktiviti sendiri Kemas rumah dan cuba untuk memasang katil yang dah lama di simpan.

Apabila katil yang dah disimpan tu lama sangat terbiar mula lah hilang aksesori kecil yang sangat diperlukan seperti skru dan nut. Waktu pun sudah pukul lima , kiranya banyak lah kedai Hardware screw yang sudah tutup. Jadi oleh kerana kami pergi sekeluarga dan memang bercadang untuk pergi makan , saya sebagai ketua mencadangkan JBorn .

Cafe ini memang selalu nampak iklan dia dulu dekat muka buku, malah rakan blogger pun ada yang membuat riview, tak pastilah berbayar atau tidak , yang pasti kalau dah ada iklan atau riview memang kena try. Baru tahu.

Jadi selaku isteri yang solehah hanya menuruti kehendak suami.Yang teringin sangat nak makan daging lembu bersama sos barbeque.
Kami tiba disana sekitar jam 6 suku, Setelah memilih berberapa hidangan saya sengaja beritahu kepada pelayan ini untuk menghidangkan sebelum maghrib layaknya.

Memang saya pun jenis suka makan petang, malam nak diet, tapi yang pasti jangan terlajak maghrib , Malu eh maghrib,maghrib duduk dekat kedai lagi. Kalau kiyai saya jumpa lagi lah , jadi bahan je time kuliah.

Oh ya jujur kalau saya bersama keluarga , lelagi dengan anak kecil saya akan berusaha untuk duduk di bahagian dalam resttoran, tetapi pada waktu itu saya lihat meja sudah ada tulisan ditempah . jadi saya mengalah duduk juga diluar.

Oleh kerana ragam anak – anak lagi yang paling bongsu tanpa diduga akan berlari kejalan, terus saya minta jasa baik untuk membenarkan kami duduk didalam.

Mereka memberitahu tidak boleh bang meja ni dah ditempah untuk event pukul 8 malam .

Mendengar perkataan itu sahajamahu sahaja saya cancel semua oder , hanya puan isteri cakap cool bang, tapi pada saya , saya sendiri sudah berjanji mahu cepat sebelum maghrib makanan saya sampai, tetapi mereka boleh langsung tak perduli, Like u nak u duduk , u tak mau boleh blah.

Hanti memang sakit, langsung takde bisnes minded, setakat kemas meja tak sampai berberapa minit untuk seorang. ni lagi kalau dua tiga orang buat.

Bukan nya saya minta yang bukan – bukan hanya nak duduk dalam sebentar. Saya habis makan pun takde lagi orang lain yang datang.

Yang ini for sure pemilik Jborn kena ambil perhatian, Jika memang sudah tinggal setangah jam munkin memang patut meja makan ini tidak boleh di beri pada customer lain tetapi kalau masa masih agak panjang dan yang datang pun berkeluarga bukan nya bersama teman – teman. Anda patut berkrompomi kena buat deal seperti abang boleh duduk sini tetapi dengan sekian masa…

Saya rasa cara itu lebih elok pada masa hadapan..

Nasiblah pelayan dan penghidang air ada menunjukan sikap kemersaan, jika tidak memang tak tahu lah apa nak jadi.

Okeh… Untuk makanan yang dihidangkan saya rasa no to bad, sedap saya suka. Dua hidangan kue tiow yang kami pesan menepati citarasa kami.

Kalau tak salah satu Kue tiow hongkong dan yang lagi satu kue tiow pedas kalau tak salah saya. Licin bebudak ni makan.

Dan untuk spagheti allhamdulilah anak saya habis makan, mee nya , bapak nya tukan bersihkan daging nya. Bebola daging nya jujur saya rasa ok lah boleh lah.

Pengalaman saya makan di JBorn Cafe & Bistro - Kempas

Dan untuk bapak nya Steak NZ , pergh daging padu liat sedikit tapi still ok, ada wedges dengan sos keju. Dapat time betul azan maghrib so tak Habis ambil tisu kasi wrap makan dalam kereta..

Pengalaman saya makan di JBorn Cafe & Bistro - Kempas

Cadangan untuk menghadirkan diri disini lagi?
Insha Allah tapi munkin saya akan pilih di Majidi. Yang disini hanya takdir yang akan menentukan.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

3 Comments

  1. semakkini February 1, 2018
    • onlajer
      Twitter:
      February 1, 2018
  2. nikkhazami
    Twitter:
    February 5, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge