Pengalaman saya mengunakan Bosch Cordless Drill

Sekarang ini kalau kita lihat di pasaran banyak sangat produk cordless power tool yang ada dipasaran.Dengan jenama seperti Hilti ,Milwaukee, Bosch dan juga pelbagai jenama buatan dari China.

Ini bermakna cordles power tool memang sangat releven untuk kerja – kerja pemasangan dan baik pulih. Khususnya Cordless Drill.

Walaupun harga untuk cordless power tool ini agak tinggi , tetapi ramai kontraktor lebih suka memilih untuk membelinya , sebagai salah satu pelaburan alat kerja yang menjimatkan dan efisyen.

Ini kerana dengan cordless tool ini , kita dapat serba sedikit menjimatkan kos untuk membeli cable yang panjang . Sebagai contoh apabila kita seperti terpaksa melakukan kerja ditengah padang, sudah tentu jika kita mengunakan elektrik power tools kita perlu mencari bekalan kuasa.

Dan bekalan kuasa pun pastinya hanya di sekitar kawasan bangunan. Dan apabila kita mengunakan cordless tools sudah tentunya kita tidak perlukan sumber kuasa dari switch socket outlet mahupun generator.

Apa yang perlu kita lakukan hanyalah memastikan bateri pada cordless di cas untuk pengunaan maksimum.

Pengalaman saya mengunakan Bosch Cordless Drill

Bosch Cordless Impact Drill dan Screwdriver

Ok salah satu power tools kegemaran yang saya guna adalah Bosch Cordless Drill GSR1440-LI. Jika tidak silap sudah tiga atau empat tahun ia berkhidmat untuk saya dan rakan sekerja.

Sangat berpuas hati dengan prestasinya, Hanya jika dah dua tahun kenalah kita tukar bateri yang baru ataupun hantar pada pusat servis atau kedai hardware yang menawarkan khidmat servise . Biasanya kena tukar “carbon Brush “.

Dan berberapa benda yang patut dibaik pulih lah seperti suis dan juga chuck mata drill. Walaupun benda ini seperti mustahil boleh rosak , tetapi apabila sudah banyak tangan dan ada sesetengahnya tidak menangap seperti harta sendiri, makanya dalam setahun dua kenalah hantar ke kedai untuk repair apa yang patut. Lain lah kalau kita pakai sendiri lima , enam tahun pin masih berkilat.

Maknanya untuk jenama bosch saya ini sangat popular dan untuk alat ganti memang mudah mendapatkanya. Dari Bateri dan Charger yang biasa – biasa dan selalu orang akan beli atau tukar sehinggalah kepada “Carbon Brush” dan juga pemegang mata “Chuck”.

Untuk pembaca yang sedang nak cari Bosch cordless dirll boleh lah mula survey dari sini – BOSCH OFFICIALY STORE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge