Penghidup Mara Sonsang

Assalamualaikum alhamdulilah sempat juga aku menyiapkan satu artikel berkaitan dengan starter Bagaimana penghidup mara songsang (Forward Reverse starter)  untuk talian terus berfungsi malam tadi setelah kepala aku agak pening bagaimana cara nak mempopularkan dan memancing undi G+ bagi artikel yang berkaitan dengan iphone 5 dan juga menperhebat kan seo artikel 3 blog terbaik, ada sesiapa yang boleh membantu hehe.

Ok berbalik kepada topik Penghidup kawalan mara songsang, Ia memerlukan dua punat start yang akan digunakan satu untuk mara dan satu lagi untuk sonsang. Dalam litar ini, penyentuh yang digunakan saling mempunyai kunci mekanik dan punat tekan hidup saling mempunyai kunci elektrik.

Gambar Contactor Forward Reverse aku celok dari ebay

a-Apabila punat mara ditekan, arus akan mengalir dari “L” masuk ke  punat tekan henti. Punat tekan mara (bahagian hidup) ke sesentuh lazim tertutup (normaly closed) “R” ke gegelung “F” dan berakhirnya ke “N”.

b- Ini bererti gegelung mara “F” mendapat arus litar yang lengkap dan bertenaga.

c- Apabila sesentuh “F” bertenaga ini menyebabkan kesemua sesentuh “F” akan berkerja yang lazimnya tertutup akan terbuka dan yang lazimnya terbuka akan tertutup.

d- Motor elektrik akan berputar pada arah mara disebabkan penyambungan yang mengikut fasanya.

e-Motor akan terus berputar walaupun punat tekan mara dilepaskan kerana arus punat tekan itu sebagai pelengkap litar telah diambil alih tugasnya oleh sesentuh tambahan “F” ( Dalam litar ia selari dengan symbol punat tekan hidup).

f-Semasa motor bergerak dalam arah mara, Apabila punat tekan songsang ditekan motor tidak akan bergerak kearah songsang atau berhenti ini disebabkan oleh terdapanya saling kunci mekanik yang dipasang pada sesentuh utama “F” dan “R”.

g-Motor perlulah di matikan dahulu dengan menekan punat henti, ini menyebabkan gegelung tenaga “F” akan kehilangan tenaga dan apabila punat tekan songsang songsang ditekan gegelung songsang “R” akan bertenaga dan berkerja seperti “F”.

h- Motor akan berpusing pada arah songsang kerana dua daripada fasa bekalan kemotor diterbalikan menerusi sesentuh “R”

i- Apabila punat tekan henti dtekan atau berlakunya beban lampau “F” atau  “R” akan kehilangan  tenaga dan ini menyebabkan kesemua litar gegelung akan berhenti beroperasi dan ini akan menyebabkan motor terhenti.

Contoh schematic mara songsang  (Forward Reverse)

Yang Berkait:-

DOL
PHOTO CELL
PHOTO CELL C/P
CONTROL PANEL
SYMBOL 01
KOTAK KAWALAN MASA
SAIZ KONDUKTOR

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

10 Comments

  1. Kesuma Angsana November 27, 2012
    • onn Lajer November 27, 2012
    • JebengOtai™ November 29, 2012
  2. boni kacak November 27, 2012
    • onn Lajer November 28, 2012
  3. tehr November 28, 2012
    • onn Lajer November 28, 2012
  4. Hazmin Hamudin November 28, 2012
  5. titan November 29, 2012
  6. Denaihati November 30, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge