Penjimatan elektrik untuk mesin basuh

Saya dan mesin basuh

Mesin basuh auto saya yang pertama berjenama “Media”. Harga pun kira murah juga waktu itu , seingat saya tak lebih RM700.

Walaupun hanya berapasiti 7kg , namun kadang kala ia dipaksa berkerja untuk 8kg.

Setelah berkhidmat lebih dari 5 tahun. Barulah mesin basuh ini mula mengalami kerosakan.

kerosakan pertama mesin basuh ini ialah , kapasitor motor terbakar. maka kos untuk membaiki ialah sekitar RM70,

Jujur kalau rajin, setakat tukar kapsitor takdelah sampai harga ini…

Dari tahun kelima hingga ke tahun ketujuh , adalah tiga atau empat kali mesin ini keluar masuk bengkel alatan elektrik.

Dan untuk kali terakhir mesin basuh ini mengunjungi bengkel elektrik keadaan body mesin basuh ini juga telah menunjukan tanda – tanda pereputan disebabkan karat.

Setelah memikirkan keadaan usia mesin basuh ini, saya membuat keputusan untuk membeli mesin basuh baru.

Senarai mesin basuh dipasaran

Antara model mesin basuh yang berada dipasaran- Semak harga disini

Niat hanya untuk  pergi survey -survey harga . Mana lah tahu terus jadi beli..

Niat asal pun haya mesin basuh berkapasiti 10kg  yang saya angap sudah memadai.

Mana tahu apabila sudah sampai kekedai alatan elektrik saya terus tergoda untuk membeli, yang berkapasiti 15kg.

Alasan yang paling munasabah untuk isteri dan hati saya, boleh sekali jalan kain dengan cadar katil kot mesin basuh ini.

Tapi tahukah anda, apabila saya membeli mesin basuh berkapasiti tinggi, maka saya juga perlu membayar lebih untuk elektrik saya.

“Walaupun rakan – rakan saya kata nak beli mesin basuh , baik beli yang ada sistem inverter, Jimat elektrik boss”

Elektrik memang lah jimat tapi harga dah nak cecah dua kali ganda harga biasa, nak pengsan juga rasanya.

Penjimatan elektrik untuk mesin basuh auto

Oleh itu saya perlu memikirkan sesuatu untuk menjimatkan elektrik untuk mesin basuh yang tidak mengunakan sistem inverter ini.

Penjimatan elektrik untuk mesin basuh auto yang saya boleh lakukan ialah, memendekan masa untuk proses pengisian air.

Apabila air cepat mengalir, maka masa standby untuk mengisi air akan semakin pendek. Pump air pun tidak akan berkerja terlalu lama apabila aliran air menjadi semakin lancar.

Saya menyedari semakin besar kapasiti mesin basuh, maka semakin banyak lah kapasiti air yang diperlukan.

Langkah utama yang saya boleh buat ialah dengan meningkatkan lagi tekanan air untuk pengisian air.

Antara langkah yang saya boleh lakukan ialah dengan mengubah paip tangki kepada paip bekalan air syarikat air.

Saya akan buat bypass supaya apabila berlaku ganguan bekalan air, saya masih boleh mengunakan air tangki.

Sistem bekalan paip air yang dicadangkan

Saya cuba mengunakan sabun yang lebih berkualiti , supaya saya dapat menjimatkan masa untuk membasuh. (Tetapi yang ini saya perlu juga melihat kos bahan cuci supaya tidak over budget)

“Takut nak jimat elektrik ,terlebih belanja sabun”

Hanya gunakan salur air asal, maksudnya bukan yang panjang, Bukan yang kita beli disebabkan punca air jauh sedikit dari mesin basuh.

Semoga penerangan serba sedikit saya ini membantu anda untuk menjimatkan pengunaan elektrik..

Oh ya untuk anda yang berkira – kira untuk membeli mesin basuh baru, anda boleh juga survey – survey harga dihalaman —> Kedai mesin basuh..

KIPAS & PENGHAWA DINGIN TERLAJAK LARIS
NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
Peluang Untuk Bekerja Part Time Dari Rumah! Terima bayaran upah lumayan dan bekerja dengan syarikat dari seluruh pelusuk dunia sebagai pekerja part time dari rumah. Info Lanjut -KLIK SINI

6 Comments

  1. Anuar July 1, 2016
  2. Afif Rayyan July 2, 2016
  3. titan
    Twitter:
    July 2, 2016
  4. wan vending July 30, 2016
  5. matdin September 24, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Daftar emel dan langgani newsletter dari blog Onlajer.com secara percuma untuk informasi terkini.

You have Successfully Subscribed!

%d bloggers like this: