Percutian budget bersama keluarga di Melaka Mahkota Private Apartment

Cuti sekolah waktu yang paling ditunggu – tunggu untuk anak – anak kita.

Mak bapak budak biasa jer, walaupum kekadang lagi over dari budak.

Waktu cuti lah , waktu yang paling ideal untuk orang tua dan anak – anak bermanja – manja.

Pagi atau malam boleh ngeteh sama – sama, Main game sama – sama , ngemas pun sama – sama.

Hanya budak – budak ni dah besar , so dilarang sama sekali tidur sama – sama.

Walauun cuti sekolah kita perlu pergi holiday kesana sini, tetapi suka saya ingatkan kena lihat juga budget kita.

Jangan bilang , walaupun kita mampu kita terus je spend dut kaw – kaw untuk percutian.

Lagipun kalau sewa hotel , mahal – mahal pun boleh rasa rugi jika kita tikak fully utilized , kemudahan – kemudahan yang ada disana.

Setakat nak buat tidur jer , baik sewa bilik yang budget – budget jer. Trivago kan ada.

Tak perlu nak star -star, Lainlah kalau memang ditangung oleh syarikat , atau hotel ni nak bagi rasa orang yang ada blog macam saya untuk duduk dan tulis pakai hati, Baru lah berbaloi dengan status hotel mewah.

Lagipun kalau saya lihat dalam filem mat salleh di TV , kebanyakan mereka duduk di hotel hanya nak duduk disana santai – santai tepi kolam sambil minum – minum makan kuaci.

Tak lah mereka macam kita sangat , duduk Hotel mahal tapi , sibuk keluar kat tempat lain untuk shoping.

Atau pergi kesana – sini tanpa hala tujuan.

Walaupun ia tidak salah, tetapi dari segi nilai penjimatan tak de,

Baik macam kawan saya, kalau dia bercuti dekat hotel dia akan fully utilized .

Pagi sarapan
Rilex,
Mandi dan main air dekat kolam
Tidur, makan dan petang main apa jua permainan free yang disediakan.Mandi kolam lagi,
Makan lagi,Claim welcome Drink dan round dekat – dekat.
Berendam dekat bath tubh dan guna lah scukup rasa dengan nilai sewaan sebulan untuk rumah persendirian.

Yang mereka tahu kalau tersepit dengan gaya hidup mereka hanya tahu menyalahkan kerajaan.

Tak mahu muhasabah diri, berdoa dengan yang maha esa. Minta petunjuk ,bimbingan dan pedoman supaya bahagia dunia dan akhirat.

Okeh berbalik kepada percutian Budget saya, Saya memang dah target lah kalau nak murah dan macam – macam ada saya terpaksalah bergerak sedikit ke utara.

Dan kebetulan saya sudah lama tidak menziarahi rumah saudara saya di bangsar, Jadi dengan alasan ini lah saya dapat membawa sekeluarga pergi kedua tempat dengan satu harga.

Dengan booking.com saya dapat menempah hotel yang paling murah untuk saya dan keluarga.
Mahkota Private Apartment

Walaupun sebenarnya ia adalah sebuah homestay , tetapi fasiliti disana agak lengkap dengan tempat letak kereta yang luas dan berdekatan betul dengan liff.

Ruang tamu yang luas boleh bentang toto untuk extra tetamu yang kita undang, Biasanya adik beradiklah.

Dan ada kolam renang yang membolehkan saya bersuka ria dengan hero – hero saya.

Maklumlah sekarang ni nak mandi sungai pun dah takut, nak masuk water theme park pun mak datu harga nya dah macam tak masuk akal, Kalau anak saya dah remaja ok lah, berbaloi kalau masih kanak – kanak rasa macam takberbaloi dengan apa yang kita bayar.

Buka kita kedekut , tetapi beringat , lagipun kalau kita spend wang kita untuk keluarga kita, lagi lah rezeki itu datang macam magnet.

Okeh untuk lokasi Mahkota Private Apartment.
Ia berada di jalan Jln Syed Abd Aziz 2. Dekat sangat dengan Mahkota parade seberang je jalan dah sampai.

Dekat sini kalau malas nak keluar cari makanan boleh lah kita tempah Domino mereka akan hantar, Saya tahu pasal saya dah cuba.Oleh kerana saya sampai dah rasa penat saya terus je oder untuk minum petang.

Kalau orang muda jalan kaki dari hotel ini, dah boleh sampai ke Afamosa, Jeti bot sungai dan berberapa tempat menarik disekitar bandaraya Melaka.

Pandangan dari tingkap bilik

Ruang Tamu

Bilik Tidur utama, Lampu dinding guna lampu siling

Bilik tidur kedua

Ruang Makan

Macam orang yang berkeluarga macam saya, paksa lah naik kereta kesana dan sibuk cari parking. Lagipun kupon parking RM5 untuk sehari dah dibayar. Takdehal punyalah.

Dibawah pengurusan hotel Mahkota Private Apartment ini juga ada kemudahan untuk kita bermain ping pong,Gym,tempat untuk menonton filem dan tempat naka – ank bermain selain dari tarikan utama kanak – kanak kolam mandi.

So untuk anda yang mahu juga rasa hotel budget ini anda boleh lah layari Booking,com,.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

Leave a Reply

CommentLuv badge