Perniagaan Ultra Melayu Yang Lesu – Bagaimana mengatasinya

Dekat kawasan perumahan aku, rata – rata setiap rumah pasti mempunyai lebih daripada satu kereta. Lorong aku , kekadang nak parking pun susah bahu jalan kanan kiri semua dah penuh, lagi – lagi kalau balik lambat lagi lah  parking mesti jauh daripada rumah. Nasiblah kereta aku cuma ada dua kalau lebih mungkin aku pun serupa seperti jiran tetanga dengan tambahan beban bayaran bulanan.

Usahawan Kecil Boleh Berjaya!

Kereta pertama aku yang habis bayar dan tidak untuk dijual ialah produa Kelisa, orang kata kalau bikin cantik – cantik ,kereta ini ada harga tapi aku bukannya nak melaram sangat dengan kereta ini , cukuplah boleh buat pergi kerja, pergi pasar dan boleh sampai ke mesjid itu sudah cukup baik. namun bergitu jika kereta sudah berusia lebih daripada dua belas tahun, pasti ada sahaja yang mahu ditukar ganti.

Perniagaan Ultra Melayu Yang Lesu - Bagaimana mengatasinya

Minggu lepas kereta kesayangan aku yang satu ini telah meminta supaya ditukar unit starter dia, Pada mula aku ingat bateri tetapi apabila aku meminta kedai bateri menghantar orang mereka tanpa banyak soal datang dan membuat pemeriksaan , mereka mengesahkan bateri ini masih dalam keadaan yang baik,  Technician kedai bateri mencadangkan supaya aku memangil mekanik enjin untuk tindakan selanjutnya .

Nak dijadikan ceritanya ialah apabila sudah dimaklumkan hanya mekanik enjin sahaja yang boleh membaikinya, aku pergi kebengkel yang berdekatan dan of course lah orang kita, janji pukul enam , pukul tujuh baru sampai. Standard. apabila sampai sudah diberitahu bateri ok , masih lagi mahu buat jumping bateri apa kejadah . Jalan mudah dia ” sorry bro ingat tak boleh buat dekat sinilah, susah, kena tarik pergi workshop”. Ok bro esok pagi pukul dua belas saya datang dengan orang saya tarik masuk workshop. Esok hari yang dijanjikan dari pukul satu sampai pukul tiga batang hidung pun tak muncul , terus aku cari mekanik berbangsa tionghwa petang itu juga dia datang , check apa yang patut, esok pagi dia datang terus pasang starter recond dan ada sebatang paip yang bocor dia tukar sekali. Rm250 pun aku rasa puas hati dengan respon yang diberi.

Apa yang aku nak sampaikan dekat sini ialah-

  1. Orang melayu Agama Islam, apa hukum mungkir janji. lagi – lagi untuk bisnes memang sangat tidak bagus. Apa sahaja peluang yang berada didepan mata kena rebut , Malah boss aku sendiri yang tahu pekerja nya memang tidak cukup tangan sekalipun masih lagi mahu mengambil projek lain.
  2. Orang Melayu kena belajar bisnes dengan bangsa lain, Cina yang aku pangil itu pun “one man show”. sangup dia tak buka kedai dia dulu untuk pergi ketempat yang  terang – terang ada pelangan memerlukan khidmatnya.
  3. Cuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati pelangan, ayat – ayat susah, tak boleh nak buat cuba sama sekali dielakan.

Sebenarnya jika nak berjaya , nak tak nak kita kena ikut minda orang cina , rebut sahaja peluang yang ada dan jadikan customer itu macam raja , selagi dia orang tak pijak kepala.

Okeh untuk anda yang berjiwa besar untuk menjadi usahawan , tetapi masih tidak ada idea , Boleh lah survey halaman Panduan perniagaan!

 

 

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

6 Comments

  1. Hazmin Hamudin February 19, 2014
  2. reezluv February 20, 2014
  3. Sop
    Twitter:
    February 20, 2014
  4. Raudzah February 22, 2014
  5. hafiz
    Twitter:
    February 24, 2014
  6. Hafizul
    Twitter:
    February 24, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge