Popcorn Makanan Ringan Sepanjang Zaman yang menguntungkan

0
169

Popcorn Makanan Ringan Sepanjang Zaman yang menguntungkan

Bertih jagung atau lebih dikenali dengan “popcorn” adalah salah satu makanan yang paling popular apa bila kita mahu menonton filem di pawagam .

Harga satu set untuk bertih jagung biasanya diangarkan dalam RM8 hingga RM15 mengikut saiz.

popcorn dalam balang

Popcorn yang dibungkus mengunakan bekas kedap udara

Dan mengikut pengalaman saya menonton wayang disekitar bandaraya Johor Bahru saya boleh kata Popcorn yang dijual di TGV Jusco terbau yang saya kira paling enak, diantara semua pangung wayang yang saya kunjungi..

Yeah itu adalah cerita dan pengalam tentang popcorn di pangung wayang.

Sedangkan pada pertengahan tahun 80an…Popcorn ini adalah salah satu “jajan” atau buah tangan yang selalu dibawa oleh arwah nenek untuk saya.

Dengan hanya dibungkus dalam plastik lutsinar dan adala.. enam keping daun terup atau stiker kartun sebagai penyeri bungkusan pop corn ini.

Dan kemunkinan besarnya untuk harga sebungkus popcorn ini tidak akan lebih dari 50sen. Rasanya puas la.. untuk saya dan abang saya makan.

Waktu itu saya rasa bahan utama mereka bertih jagung dan gula. Resepi standard, tidak seperti sekarang ada caremal perisa keju ,ayam dan mungkin saya nak buat perisa capucino hazel nut.

Tinggal Nak Beli Mesin Popcorn je hihihi

popcorn dalam mesin

Bertih jagung sedang dimasak

Dan sekarang…

Saya lihat pasaran popcorn sudah bergitu memberangsangkan, banyak idea dan pembahruan dari segi rasa dan cara mereka membungkusnya.

Tinggal kita push.. lakukan promosi secara berkala dan berterusan Inshallah ia dapat menjadikan salah satu sumber pendapatan dari rumah.

Lebih – lebih lagi anda yang duduk dikawasan perumahan yang padat dengan orang – orang yang berkerjaya…Mereka pasti suka jika anda mampu menghantar sehingga kedepan pintu pagar rumah mereka.

Jadi dari makanan ringan sepanjang zaman anda boleh transformasikan kepada hasil pendapatan sampingan…

Okeh apa lagi jom kiota lihat cara dan resepi POCORN rangup..

Bahan-bahan Popcorn

2 gengam bertih jagung
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

Panaskan kuali dengan api sederhana

kemudian cairkan marjerin..perlahankan api dan masukkan bertih jagung

kacau bertih jagung seketika supaya rata dengan marjerin.pastikan kuali berada dlm keadaan panas kerana bertih akn kurang kembang jika kuali tidak cukup panas…

kemudian tutup dengan tudung periuk.Guna tudung periuk pengukus.

masa ni anda bole dengar bunyi…pop..pop…pop..haaa..tu maknanye bertih tegah kembang…bila dah takde bunyi baru buka tudung periuk…dan ketepikan

dlm kuali yg sama ,cairkan gula sepenuhnya tambahkan esen hingga agak2 kuning jer..bila dah cair tuangkan pop corn tadi dan gaul rata..guna 2 sudip dan gaul cepat-cepat agar gula kena padd semua popcorn…

popcorn packing

Antara popcorn yang telah tersedia dibungkus untuk dijual..

Oh… Anda nak survey mesin popcorn…?

Tak jadi masalah anda boleh survey – survey mesin pop corn dari sini – Pengedar Mesin POPCORN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here