Putu Bambu Juga Sa Lagend Dengan Mamee.

Aku pasti ramai yang suka dengan jajan mamee. Usia sebenar mamee pun aku kurang pasti tapi sekitar tahun 1980an memang aku dah makan benda ini dah.. Siap boleh dapat kereta tarik dan lepas.

Mamee
Sejenis mee kering yang diletak perisa ayam ,kari malah BBQ juga ada.
Sehingga kini juga aku masih memakanya jika ada yang membelinya.

Menjadi azam aku untuk tidak membeli untuk jajan anak – anak

Daripada Maklumat Bungkusan –
Mengandungi aditif makanan yang dibenarkan yang berasaskan tumbuhan , ayam dan sintetik
Mungkin mengandungi unsur – unsur Krustasia, ikan ,susu,kacang tanah ,Bijan ,Saderi,Biji Sawi..

Bagi aku mamee adalah perosak diet aku. malah apabila aku mengambil dua pek sekali jalan, aku akan merasa perut aku sendat, seperti hendak meluahkan kembali.Jadi antara mamee dengan putu bambu pastinya aku akan memilih putu bambu, walaupun dengan perbezaan harga yang ketara.

Panduan Putu Bambu terbaik

Semasa Zaman  kanak – kanak aku, Nenek  akan membeli putu bambu atau putu piring yang menurutnya lebih sehat dan mengenyangkan. Oleh kerana teringatkan fakta lisan sedemikian lah hari ini aku mencari apakah sebenarnyA bahan – bahan untuk menghasilkan putu bambu yang sehingga kini masih lagi dijual oleh peniaga – peniaga Melayu khasnya.

Resepi perniagaan Putu Bambu

Resepi Putu Bambu:

-Tepung Beras
-Air
-Daun Pandan
-Garam
-Gula melaka Dikisar
-Kelapa Parut

Bahan yang digunakan adalah bahan asas yang murah dan bergitu mudah diperolehi dimana – mana kedai atau pasaraya. Malah dengan hanya bahan perasa seperti garam, gula dan daun pandan Putu Bambu adalah salah satu makanan tradisional yang lebih sehat daripada Makanan Ringan seperti Mamee.

Perniagaan Putu Bambu

-Sebuah Perniagaan Tradisional yang semangkin Dikomersialkan
-Ramai yang menjadikan suatu perniagaan sambilan untuk menjana pendapatan sampingan
-Perniagaan yang sangat menguntungkan dengan contoh perniagaan Juriah Di ayer Hitam. Dimana pada sewaktu masa dahulu –

Dulu – dulu masa aku lalu kecik sahaja kedai dia , nak singah parking pun susah pasal kedai dia berhampiran dengan trafik light. sekarang perniagaan semangkin maju dan nak park pun senang.

Dibawah ini saya tinggalkan satu link untuk anda mendapatkan maklumat tentang Perniagaan Putu dan cara Penghasilanya. Mungkin dengan maklumat ini anda akan mencubamenghsailkjan sendiri putu bambu yang lazat , malah panduan tersebut mungkin membantu anda memulakan perniagaan makanan anda sendiri.

Rahsia Perniagaan Dan Resepi Putu Bambu .

Semoga perkongsian Panduan Putu Bambu terbaik ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge