Resepi Air Jagung Hazelnut Syrup Monin

Salah satu minuman kegemaran anak sulung saya ialah air jagung.

Resepinya memang sangat simple , setakat perisa jagung cap dua singa dan susu pekat . Dan kalau nak jimat susu bubuh gula . Dan masukan air batu dah setel.

Jadilah minuman segera ala – ala pasar malam yang boleh kita nikmati seisi keluarga.

Tetapi itu dulu lah, saya pun buat ala kadar je, Buat mengikut bahan apa yang ada didapur.

Tetapi setelah saya ada berkawan dengan peniaga air jalanan barulah saya rasa suka nak buat yang lebih istimewa.

Kita buat yang istimewa pun bukan untuk orang lain untuk keluarga kita juga.

Jadi kita belilah bahan – bahan extra untuk menyedapkan lagi air jagung yang akan kita hasilkan.

Dan apabila kita sudah ada sedikit asas untuk membuat penyedian air minuman . Kita sendiri akan jadi lebih kreatif untuk menghasilkan minuman yang lazat . dengan warna yang mampu menarik minat anak – anak kita untuk meminumnya.

Hazelnut Syrup Monin

Sebenarnya apabila saya berniaga kopi jalanan dibawah label bosscoofee. Perisa minuman utama saya gunakan adalah dari jenama monin.

Saya lihat dicafe – cafe utama yang saya pergi , tidak kira lah seperti chamek,SDS malah apabila saya pergi ke cafe – cafe yang berada dibandaraya Melaka pun mereka mengunakan jenama yang sama seperti saya. Siapa tahu mungkin Hardrock mengunakan jenama yang sama.

Dan yang terpenting adalah jenama monin mempunyai pengesahah halal. So sebagai penguna saya tidak was – was dengan nya.

Untuk perisa syrup hazelnut ini , sebenarya saya ada pening sedikit kerana perisa ini agak kuat.
Dan untuk saya ia hanya sesuai dicampur dengan serbuk capucino .

Tetapi tak kan lah kita nak bagi minum capucino dekat anak – anak kita . Jadi nya secara tidak sengaja saya campurlah perisa hazelnut bersama jagung. Hasilnya memang tidak mengecewakan .

Ok untuk versi air jagung hazelnut saya.

Bahan – bahan.

Perisa Jagung (Tidak kira jenama apa pun)
Susu Cari
Susu Pekat
Gula
Jagung dalam Tin
Perisa Monin.

Untuk 1.5 liter minuman air, Saya gunakan 2 sudu perisa jagung (bergantung kepada kepekatan warna),Tiga sudu susu pekat,tiga sudu susu cair,dua setengah sudu gula,. dan tiga sudu makan perisa hazelnut.Resepi Air Jagung Hazelnut Syrup MoninKacau shinga sebati barulah saya tuangkan air sejuk dan juga dua sudu biji jagung (berapa banyak terpulang anda).

Kalau nak best letak lah satu scop aiskrim vanila kedalam cawan .

Selasai menghasilkan minuman lazat untuk anak – anak.

Dan sangat sesuai untuk peniaga pisang goreng dan nasi budget ayam kunyit sebagai menu minuman.

Untuk anda yang mahu belajar menghasilkan air minuman yang lebih sedap dan lazat anda boleh lah menonton video dari halaman ini.

Resepi air minuman Chef Hairul.

 

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

One Response

  1. Ehs November 22, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge