Resepi dan pengalaman saya memangang ayam

Buat pertama kali nya saya ikut serta aktiviti bakar – bakar ikan dan ayam peringkat kariah Surau dimana saya tinggal. Jujurnya semasa artikel ini ditulis , Belum ada setahun saya duduk dikawasan taman ini. Tetapi oleh kerana nak cepat dapat kenalan baru atau dapat bergaul dengan komuniti setempat dengan secepat yang munkin , Jadilah geng – geng surau atau mesjid Insha allah cepat lah kita mendapat kenalan setempat. Ok untuk aktiviti BBQ yang tidak dirancang dengan sempurna ini. Kami bermula lepas isyak , Waktu itu ada lah seorang cikgu yang rajin untuk start basuh dan meletakan bumbu seperti serbuk kunyit dan garam.

Kunjungi Laman Youtube Saya

Ada antara kami baru bermula dengan menghidupkan api dengan arang yang kami curah sedikit dengan minyak masak supaya api mudah dihidupkan.

Dengan hanya gaulan kunyit serta garam , ayam pangan diatas bara api yang kekadang api nya semankin marak.

Sebenarnya untuk aktiviti BBQ ini, dua benda yang saya lihat sangat penting yang kita perlu sediakan untuk proses memangang ayam.

Pertama sedikit minyak masak, untuk kita sapu pada daging , supaya daging tidak melekat pada permukaan grill.

Kedua air paip untuk kita kawal api dari marak, supaya daging tidak terbakar menjadi hangus.
Apa yang kita perlukan adalah bahang. Bukanya api yang menyala untuk membakar.

Jadi untuk Resepi ayam bakar ini, Kami hanya guna dua bahan iaitu

Garam dan serbuk kunyit.

Dan ternyata ia sedap juga.

.Tetapi jika anda mahu yang lebih advance atau mahu rasa lebih rempah anda boleh guna resepi yang ini.

Bahan-Bahan:

1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci lengkuas
2 batang serai
1 botol sos BBQ(ada jual kat supermarket p la carik apa2 brand pun ok)
3 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar mentega/margerin or minyak
1/2 cawan kicap pekat manis(saya buh tak sampai 1/2 pun ni agak2 ye kang negro lak ayam nya)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah@lada hitam
garam secukup rasa

Cara Memerap :

Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai
Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.
Tuangkan ke atas ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.

Jadi untuk orang yang buat kerja last minit, saya cadang guna garam ,serbuk kunyit dan sedikit ajinomoto.

Setel…

Untuk yang ini saya repeat sekali lagi di kampung, Maklumlah dekat surau itu hari pelangan ramai, Jadi untuk ini saya buat khas untuk anak – anak buah yang datang memeriahkan lagi suasana cuti tahun baru cina. Dengan hanya mengunakan 3 resepi mudah.Garam,kunyi dan pak aji.

Untuk anda yang mahu membakar ayam , dan tiada tempat BBQ , anda hanya perlukan batu bata dan dua tiga kaki dawai mata punai yang anda boleh dapatkan di kedai hardware di tempat anda.

Hanya perlu guna cari yang tidak ada unsur cat dan juga yang tebal bagi tujuan ketahanan dan kesehatan. Itu sahaJA.

Namun bergitu jika anda punyai dana ataupun mahu membeli set BBQ untuk kemudahan akan datang anda boleh lah mula survey dari halaman ini: – Survey Set BBQ

 

Alatan BBQ

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

4 Comments

  1. reezluv February 26, 2018
  2. Hans February 27, 2018
  3. kisahsidairy February 28, 2018
  4. Mar Mansor March 11, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge