Rezeki Itu Perlu DiPohon

Dua tiga hari ini Alhamdulilah, Ada sahaja rezeki kewangan yang masuk, daripada pekerjaan hakiki atau daripada aktiviti berblog.

Malah pada pendapat saya erti rezeki itu sangat luas, Sebagai contoh Masih diberikan kesehatan itu juga rezeki, Makan Sardin murah tapi lidah rasa lazat , itu pun rezeki juga. Malah turunnya hujan juga itu rezeki, sekurangnya dapat lah juga menyejukan suasana tanpa bantuan penghawa dingin. “Selamatkan duit belanja”

Rezeki dikongsi bersama

Malah saya juga pernah terbaca- Gambar dari Mari Menjemput Rezeki.

” Rezeki adalah sesuatu yang kita dapat rasai menefaatnya, baik yang halal atau haram , mahupun yang baik atau buruk”

Membaca perengan ini sahaja saya juga terfikir memang benar semua yang datang itu datang daripada yang maha pencipta. Hanya kita sahaja yang perlu untuk memohonya.

Pernahkah anda membaca kesah, seorang guru dan murid .  kisah nya  seperti ini Seorang guru dan murid pergi bersiar – siar . Disuatu tempat mereka menjumpai  sepasang kasut milik petani.  Anak murid  mencadangkan kepada guru nya supaya  menyorokan selipar terbabit dan nanti kita lihat apa yang akan terjadi.

Guru terbabit bersetuju tetapi dengan cara yang berlainan.

Guru:“kamu ada duit?”

Murid: “Ada”

Guru :“Masukan duit kamu ke dalam kedua – dua belah kasut itu”

Guru terbabit menyuruh anak murid nya meletakan  wang pada kasut petani terbabit dan mereka pergi bersembunyi disuatu tempat untuk melihat apa yang terjadi.

Tidak berapa lama petani pun kembali  setelah menukar pesalinan petani itu pun mula menyarung kasut terbabit, tetapi alangkah terkejutnya petani itu apabila kedua – dua belah kasut itu ada duit. Disitu jugalah petani itu sujud syukur dan berkata “Ya Allah sesunnguh aku berterima kasih kerana doa mohon rezeki  aku pagi tadi kau telah perkenan kan, Dengan wang inilah aku dapat membeli ubat untuk isteri aku yang sakit dan untuk  membeli makanan untuk anak aku yang sedang kelparan”.

Mendengar sahaja ucapan daripada petani itu sahaja membuatkan anak murid menangis tersedu –sedu , Apa akan terjadi jika dia menyorokan kasut petani terbabit?..

Dalam kesah yang saya ceritakan kembali ini memang tidak dinafikan jika inginkan rezeki  kita memang perlu memohon untuk nya.  Barulah kita tidak diangap sombong. Kerna rezeki itu memang datang daripadanya.

Disini ada beberapa bahan bacaan yang menarik tentang rezeki yang bagus untuk anda baca–> Formula Tarik Rezeki.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

14 Comments

  1. profhariz
    Twitter:
    March 20, 2014
  2. azlanvai
    Twitter:
    March 20, 2014
  3. Khairul Zamri
    Twitter:
    March 20, 2014
  4. Lizz
    Twitter:
    March 20, 2014
  5. Afandi Othman March 21, 2014
  6. W.R
    Twitter:
    March 21, 2014
  7. Hairul Azni
    Twitter:
    March 22, 2014
  8. Hafizul
    Twitter:
    March 23, 2014
  9. Nor March 31, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge