Risalah Yang Amat Kecil

Assalamualaikum. Semoga kita semangkin diberkati , diberi rezeki yang melimpah – limpah dan diampuni untuk segala tingkah laku yang kita lakukan. Alhamdulilah setelah tamatnya kitab minyatul Musolli saya berpeluang untuk belajar sebuah kitab lama yang dinamakan Kitab Faridatul Faraid Fi Ilmi Akaid.

Dan macam biasa ustaz yang mengajar akan bermula dari kulit hadapan yang ditulis seperti ini:-

Ini Risalah Yang Amat Kecil Yang Dinamakan Dia Dengan

Kitab Faridatul Faraid Fi Ilmi Akaid (Yang terunggul dari segala yang terungul pada menyatakan ilmu akidah) karangan Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustapha bin Muhammad Al Patani merupakan kitab pada bicara Ilmu Tauhid iaitu Ilmu Usuluddin atas mazhab Imam Asyaari terhimpun padanya beberapa banyak akidah dan beberapa banyak masaalah himpunan hamba yang sangat harap daripada Allah taala akan taufik dan hidayah dan bahawa dimudahkan baginya segala yang payah. Semoga Allah menghijaukan (menyuburkan) taman-taman harapannya dengan tercapainya segala impian dan memberi manfaat dengan risalah ini kepada orang-orang Islam sekalian. Amin.

FARIDATUL FARAID

Dan satu sesi kuliah hanya membentengkan catatan kulit hadapan ok lah tu seronok mendengar seperti rasa zaman pondok dan zaman sekolah agama dimana ustaz menerangkan sambil kita menyemak kitab yang telah diwakafkan.

Untuk penduduk sekitar Pasir Gudang silalah menyempatkan diri untuk hadir pada setiap Ahad malam Isnin selepas maghrib di Mesjid At – Taqwa Jalan nenas Taman Kota Masai. Insha Allah sama – sama kita mencari ilmu yang berguna untuk Dunia dan Akhirat wasalam.

Pautan yang Berkaitan:-

http://alraufi.blogspot.com/2010/06/terjemahan-kitab-faridah-al-faraid-fi.html

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

9 Comments

  1. Khairul Zamri
    Twitter:
    May 27, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      May 27, 2013
  2. TehR
    Twitter:
    May 27, 2013
  3. Izzuddin Fauzi
    Twitter:
    May 27, 2013
  4. jal May 27, 2013
  5. Zida May 27, 2013
  6. cik tom May 28, 2013
  7. Hafizul
    Twitter:
    May 28, 2013
  8. auc
    Twitter:
    May 28, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge