Roti Sosej Gulung Resepi Terjaga Azan Subuh

Gigil mengigil aku terdengar suara Azan berkumandang,

Alamak Dah azan subuh , berdesup masuk bilik Air gosok Gigi sambil mandi. Siap – siap terus mencapai kunci Motor preng…. takde kasi enjin panas terus pulas trotel minyak.

Alhamdulilah sempat lagi , Bilal baru habis Iqamah.

Situasi diatas ini memang konfem lambat. Lagi – lagi jika anak – anak baru mula masuk alam persekolahan. Ibu menyiapkan pakaian anak – anak. Ayah pula akan menyediakan sarapan.

Standard orang jawa sarapan pagi Nasi. Tak kira lah Nasi lemak,Nasi Goreng mahupun Nasi Berlauk. Hanya tak pandai buat nasi kerabu dengan nasi dagang je.

Jadi sarapan yang paling mudah untuk dihasilkan ialah Roti Sosej GUlung.

Bahan – Bahan Roti Sosej Gulung.

Roti Sebantal
Sosej
Telur
Sedikit Garam
Sos Chilli untuk cecah
Minyak Masak

Cara Penyediaan

Keluarkan sosej dari freezer, Panaskan minyak dikuali , setelah panas masukan sahaja sosej walaupun ia masih melekat antara satu sama lain. Api kena kecil supaya tidak hangus, Goreng hoingga masak.

Sementara Sosej masih diatas kuali, Canai Roti senipis yang mungkin. Standby untuk mengulung sosej.

Roti lenyek

Lenyek roti sehabis nipis , supaya  tidak serap minyak Apabila  digoreng.

Telur sebiji macam biasa,pukul dan letak lah sedikit garam . Telur sebagai agen pelekat dan selebihnya untuk disalut pada roti.

Setelah semua siap gulung sosej dengan roti , Buat ketat – ketat dan gam kan mengunakan telur yang sudah siap dipukul tersebut.

Setelah selesai salut roti gulung itu dengan baki telur dan goreng sehingga kekuningan. Senang kata goreng sekejap sahaja.

Sudah masak angkat dan potong separuh, Letak pinggan letak sos pangil anak – anak sarapan bersama dan hantar mereka kesekolah.

Penyediaan ini sungguh ringkas tak sampai setengah jam siap dengan makan.

Roti Sosej

Hasil Tangan Seorang lelaki Berkaca Mata Yang Cuba Belajar

Belajar Buat Bun, Pau dan Pizza Di Rumah Style Hotel

Akhir kata Anak Gembira, Ayah suka sebelum 7.15 anak sudah sampai kesekolah.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

19 Comments

  1. Aisyah August 22, 2014
  2. titan
    Twitter:
    August 22, 2014
  3. Ainaa Roseberry
    Twitter:
    August 22, 2014
  4. Ezad Skytech
    Twitter:
    August 25, 2014
  5. TehR
    Twitter:
    August 25, 2014
  6. hafiz
    Twitter:
    August 25, 2014
  7. Hafizul
    Twitter:
    August 25, 2014
  8. suri August 25, 2014
  9. Razlan August 25, 2014
  10. Hairul Hissam August 27, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge