Safety Breaker RCD Adaptor

Assalamualikum fikiran aku melayang pada zaman mula-mula nak belajar hidup.Poket nipis dapur tak ada jadi water heater jenis spring adalah teman setia anda (boleh masak air buat kopi dan meggi).

Alat yang perlu ada untuk rumah setiap rumah bujang dan budak – budak hostel. jika kantoi dengan warden hostel wajib kena rampas selama – lamanya. adui mana aku nak korek duit beli lagi ni. (zaman aku kalau nak beli kattle mak oi harga dia melampau lampau).Mungkin pihak pengurusan menitik berat atas dua perkara satu kebakaran dan yang kedua renjatan elektrik.

jadi pasal renjatan itulah yang aku nak cerita tentang satu alat yang dipangil Safety Breaker RCD Adaptor bahasa pasar tempat aku RCD plug.

Apa fungsi plag ini? Fungsi RCD plag adalah mematikan arus elektrik apabila berlaku kebocoran arus elektrik kebumi istilah javanya short circuit, ada faham.

Safety Breaker RCD Adaptor

Jadi alat ini bukan untuk membaling lipas atau cicak yang cuba mengorat anda ya.

Sebenarnya alatan ini telah dimendatorikan oleh kebanyakan pihak pengurusan industri – industri perkilangan. supaya semua alatan tangan seperti drill,grinder,vacuum dan sebagai haruslah melalui RCD plug ini.

Supaya bekalan papan suis meraka tidak terganggu disebabkan berlakunya litar pintar daripada alatan tangan kita. (banyak cengkadak pulaklah kilang ini).

Tapi untuk alatan rumah aku syorkan digunakan bersama cerek elektrik dan seterika yang pada pendapat aku kebanyakan kes-kes renjatan berlaku disebabkan kedua-dua alatan ini.

Dan dibawah ini aku copy dan paste kan spec dia

Onlajer : Tempat aku lebih kurang RM80 tempat korang aku tak tahu.Type: Non-Latching
Operating Voltage: 230V AC
Current Rating : Fully Complies With BS1363
Rated Trip Current:   30mA
Trip Speed:        BS 7071 – 40ms
Contact Break Double Pole
Continues to Protect: With Lost Neutral & Pulsating
DC Earth Fault
Cable Capacity: 3 × 2.5mm²
Conforms To:   BS1363, BS7071
Dimensions (mm): Height 127, Width 60, Depth 70

Mahu membeli alatan ini secara online sila layari halaman – RCD Breaker

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

13 Comments

  1. Encik Anif July 31, 2012
  2. onn Lajer July 31, 2012
  3. Nur Misnan July 31, 2012
  4. JebengOtai™ July 31, 2012
    • onn Lajer August 1, 2012
  5. Boni Kacak August 1, 2012
  6. pipoq August 1, 2012
  7. daddydee August 1, 2012
  8. akubiomed August 1, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Daftar emel dan langgani newsletter dari blog Onlajer.com secara percuma untuk Tips,panduan produk Elektrik dan informasi terkini.

You have Successfully Subscribed!