Sebelum Tidur

Tazirah ini aku sedut dekat FB rakan – rakan walaupun kita dah tahu tapi sengaja buat peringatan bagi yang terlepas pandang.
Bagi mengatasi kepenatan semasa melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku?. Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur:

a. bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
b. bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
c. bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”
Alangkah baiknya amalan ini dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca:

a. Subhanallah (33 kali),
b. Alhamdulillah (33 kali)
c. Allahuakbar (33 kali)
pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya Allah – Allah dari petunjuk Nabii ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Gambar tajaan google

p/s: Bryani gam Batu Pahat Menu Tengahari Jumaat  hehe

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

17 Comments

  1. :: Mrs.Eady :: December 7, 2012
  2. Mummy Akmar December 7, 2012
    • onn Lajer December 7, 2012
  3. Encik Anif December 7, 2012
    • onn Lajer December 7, 2012
  4. boni kacak December 7, 2012
  5. pipoq December 7, 2012
  6. Juan December 7, 2012
    • onn Lajer December 8, 2012
  7. nadot December 8, 2012
  8. CIK TOM December 9, 2012
  9. Hazmin Hamudin December 9, 2012
  10. Hairul Hafiz Karim December 11, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge